STUFF TALKATHON 2.0

 

 

STUFF TALKATHON 2.0

3 DISEMBER 2021

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Pada tanggal 3 Disember 2021, kelab Student Facilitating Front (STUFF)  telah mengadakan sebuah program bual bicara bersama-sama ahli panel daripada alumni dan penceramah jemputan yang pakar dalam profesion mereka. Program ini telah diberi nama STUFF TALKATHON 2.0. Untuk pengetahuan semua, STUFF  TALKATHON 2.0 ini merupakan forum dalam talian selepas kejayaan  STUFF TALKATHON yang pertama yang telah dijalankan pada Ogos 2021. Kali ini, topik yang dibincangkan ialah “How Important Is LinkedIn To Students?”. Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran pada para pelajar tentang keperluan memiliki akaun LinkedIn untuk masa hadapan mereka sendiri. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, program ini telah diadakan sepenuhnya dalam talian di platform YouTube STUFF IIUM.

 

Selain itu, program ini telah melibatkan seramai 15 orang komiti. Kami juga telah menjemput tiga orang ahli panel. Ahli panel yang pertama merupakan Alumni IIUM iaitu Danial Nordin manakala seorang lagi panel ialah usahawan syarikat Kenanga Group bernama Emma Rose. Ahli panel yang terakhir merupakan pelajar tahun akhir  Sarjana Muda Undang-Undang  di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bernama Zaim Nur. Setiap ahli panel yang dijemput telah berkongsi pendapat, pengalaman mereka dan tips-tips yang berkaitan dengan LinkedIn. Walaupun diadakan secara maya, program ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar UIA.

 


Ahli panel


Moderator bersama ahli-ahli panel




Sesi soal jawab bersama penonton


Komiti STUFF TALKATHON 2.0 

Walaupun masa mencemburui ahli panel dan para penonton, program bual bicara kali ini telah berjalan dengan lancar. Para pelajar juga telah mendapat banyak isi atau input yang sangat berguna daripada apa yang telah disampaikan oleh para ahli panel pada malam tersebut. kami daripada pihak komiti mengucapkan ribuan  terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan program STUFF TALKATHON 2.0 serta memberi sokongan yang tidak putus-putus sepanjang program dijalankan. Saya Nur Asyifa, sebagai pengurus program STUFF TALKATHON 2.0 kali ini berharap supaya program bual bicara seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan topik-topik yang lebih menarik supaya para pelajar mendapat inspirasi daripada program yang akan dijalankan nanti.

 

Bagi sesiapa yang terlepas untuk menyertai program STUFF TALKATHON 2.0 pada malam tersebut, anda semua boleh menonton di siaran Youtube STUFF IIUM. Saya akan sertakan pautan untuk anda supaya mudah untuk ditonton.

STUFF TALKATHON 2.0: How Important is LinkedIn to Students?


Selamat menonton semua!

 

 Sekian Terima Kasih :)

 

Bertemu kita di lain hari.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA