Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Welcome to the family!

Imej
Assalamualaikum wtb… Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... 13 Disember 2010 bersamaan 7 Muharam 1432 H bermula semester kedua UIAM bagi sesi 2010/2011. Dengan bermulanya tahun baru, kami ( stuffians ) ingin menawarkan kepada pelajar-pelajar UIAM yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada keluarga kami. Sehubungan dengan itu, kami akan membuka Open Booth for New Member’s Registration, butir-butir mengenai booth adalah seperti di bawah: Tarikh         : 20 hingga 24 Disember 2010 Tempat       : ITD Foyer Masa           : 8.30am hingga 5pm Kepada calon-calon yang terpilih, kami akan mengadakan sesi temuduga pada 22 hingga 23 Disember 2010 (8.30pm-11pm) dan ianya bakal dimaklumkan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Perhatian kepada semua warga stuffians, anda diwajibkan untuk memperbaharui keahlian ( renew membership ) bagi membuktikan komitmen kalian kepada keluarga STUFF , kerjasama anda amat kami hargai. Sekian, h

Apa ada pada Hijrah?

Imej
Hijrah Menyeru Umat Bersatu Padu  Oleh: Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah Panel Penulis JAKIM Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Bagi masyarakat kita, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.

Selamat Tahun Baru 1432H...!

Imej
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Assalamualaikum wtb... Alhamdulillah, dengan izinNya kita sudahpun melangkah ke tahun baru. Moga peluang melangkah ke tahun baru dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Moga dapat memperhebatkan lagi matlamat perjuang seorang Islam, insyAllah.