Tentang Kami

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t.


Selamat datang ke Student Facilitating Front (STUFF) atau dalam erti bahasanya Barisan Fasilitator Mahasiswa. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada ahli-ahli yang selama ini sentiasa menyertai program dan menyokong STUFF. Dengan kewujudan laman sesawang ini diharapkan agar dapat menjadi medium komunikasi antara ahli STUFF. Sedikit pengenalan tentang penubuhan persatuan ini kepada ahli-ahli baru ialah, Student Facilitating Front, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini adalah merupakan sebuah persatuan yang berteraskan pemudah cara dan motivasi. Persatuan ini ditubuhkan pada awal tahun 2001 dan dipengerusikan oleh abang Syed Jo.

Sehingga kini, pelbagai program telah berjaya kita anjurkan samada diperingkat universiti mahupun luar universiti. Antara program tersebut ialah Kem Kepimpinan dan Motivasi Kecemerlangan Brilliant Khalifah SK Parit Melana, Kem Jati Diri Membentuk Sahsiah Diri dan Minda Positif SK Seri Machap. Selain daripada itu, kami juga berjaya melaksanakan program-program dalaman seperti; STUFF Sports Day (SSD), Annual Grand Dinner (AGD), STUFF Photoshop/Sony Vegas Workshop dan Family Day & Facilitating Skill Training Program (FAMSTRAP). Program-program bermanfaat seperti ini dapat mengasah bakat ahli-ahli STUFF serta meningkatkan tahap soft skill sedia ada seperti komunikasi, kepimpinan dan pengurusan masa. Diharap, pada masa akan datang, STUFF terus menyediakan pelbagai program menarik dan berkualiti serta bermanfaat kepada ahli-ahlinya.


Objektif


  1. Bekerjasama dengan pihak universiti dalam menentukan hala tuju persatuan selain menitikberatkan nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.

  2. Memberi peluang kepada mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkomunikasi dengan pihak universiti dan pihak lain seperti kementerian pendidikan.

  3. Mewujudkan ciri-ciri manusia yang berkebolehan, berdisplin dan berketrampilan tinggi.

  4. Menyediakan latihan-latihan kefasilitatoran kepada ahli-ahli persatuan sebagai persediaan mengendalikan program sekolah.

  5. Membentuk nilai-nilai sahsian dalam diri ahli persatuan berlandaskan ajaran Islam.

  6. Memperkukuhkan nilai motivasi dalam diri mahasiswa universiti dan pelajar sekolah.



Visi

  • melahirkan pelajar cemerlang dalam aspek pendidikan dan sahsiah sehingga menjadi bangsa yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di pentas global
  • Mewujudkan generasi muda yang memiliki jati diri, nilai kepimpinan, daya juang dan daya saing yang tinggi
  • Memperkasa pengetahuan dan kemahiran belajar untuk memiliki MINDA KELAS PERTAMA


Misi

  • Menyiapkan pelajar dari aspek memori, pengurusan masa, penetapan matlamat, mengenal potensi diri dan memahami gaya belajar
  • Mengenal pasti dan menyediakan aspek kendiri kearah pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan diri secara menyeluruh
  • Membina tahap keyakinan diri yang tinggi, daya saing, semangat juang dengan memiliki keyakinan diri yang tinggi
  • Membantu meningkatkan tahap kecemerlangan peserta dalam peperiksaan yang diambil
  • Mencungkil dan menerapkan nilai kepimpinan, kreativiti, inovasi dengan kemahiran analitikal dan kritis dalam membentuk semangat berpasukan yang mantap dan penyayang



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA