Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Educational Trip To Beijing

Pada 5 hingga 11 Mei akan berlangsungnya satu program “Educational Trip to Beijing” anjuran S-DEV (Student Development). Setiap persatuan atau society akan menghantar seorang wakil selepas ditemuduga. STUFF juga tak terlepas, kita diwakili oleh dua orang sister iaitu: Nurul Atikah Mohd Redzuan Nurul Najwa Azizan Kami, warga stuffians mengucapkan tahniah buat sister Atikah dan sister Najwa dan bangga dengan pemilihan tersebut. Moga selamat pergi dan balik, amiin... ALLAHu’alam... ~ Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah ~

Jangan jadi macam ni ..

Ketika diri masih mencari kelengkapan untuk mendaki gunung yang tinggi. Yang mana diri kurang kekuatan mental dan fizikal tetapi dek kerana azam yang menjulang, diri terus mengagahi semangat untuk terus mendaki. Ketika diri seorang diri mendaki, berpenat mencari kekuatan diri, hadir yang datang membantu. Dinasihati dan disuntik semangat agar diri lebih berani, takkala diri hampir mati. Ditolong seperti diri anaknya sendiri. Tanpa sebarang bayaran istimewa dari diri. Hanya berbekalkan ikhlas di hati, yang menolong, terus menolong diri. Namun, diri tersilap menjejaki langkah. Diikutkan dengan amarah sendiri. Diri telahpun berubah. Ketika diri telahpun sampai ke puncak, diri menolak yang menolongnya. Tersungkurlah yang menolong diri tadi ke tanahnya bumi. Kini diri sendiri di puncak, sunyi tanpa pegangan dan sokongan yang menolong. Diri mengenangkan tingkah lakunya terhadap yang ditolong. Diri teringat kembali saat senyumnya berjaya diukirkan kembali oleh yang ditolong. Diri gembira sewa

Kem Kecermelangan UPSR 2010 Sekolah Kebangsaan Parit Melana

Imej
dalam kenangan...syukron kathir semua!!! Bismillahirrahmanirrahim…Mabruk alaik!!! Moga dalam rahmatNya selalu. Pertama sekali, sepuluh jari disusun sebabnya lambat update, maaf ye semua... daftar dulu... Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya “Kem Kecemerlangan UPSR 2010” telah berjaya dilaksanakan. Dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Parit Melana (SKPM), Melaka dengan kerjasama Student Facilitating Front (STUFF) , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 6 hingga 7 Mac 2010 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Peserta program terdiri daripada murid tahun 6 dan 5 (seramai 80 orang), serta diiringi oleh 9 orang guru. Salah seorang guru pengiring iaitu saudari Hafiz merupakan warga STUFF satu ketika dahulu yang kini berkhidmat di SKPM. Seramai 23 orang ahli STUFF dari pelbagai kuliyyah menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Diketuai oleh saudara Sideque sebagai pengarah program dan saudari Fariha sebagai penolong pe

Upcoming Events

KEM WAJA BESTARI SMK Taman Tun Dr. Ismail Jaya, Shah Alam 8 Mei 2010 PM: Ahmad Balqini Idrus APM : Nur Naaimatu Azkiyai Abdullah KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK Pulau Indah, Klang 9 Mei 2010 PM : Muhammad Syahman Ismail APM : Nurul Humaira Kamarulzaman ~ Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah ~