Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Kem Motivasi Pelajar SMPKP 2017 "Menggapai Impian"

Imej
Pada tarikh 15 September hingga 17 September 2017, kelab STUFF dengan kerjasama pihak sekolah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang, telah menganjurkan sebuah kem motivasi pelajar bersama pelajar2 yang terpilih daripada sekolah tersebut. Kem ini merupakan sebuah pengalaman baru buat kelab STUFF sendiri, kerana ini merupakan kali pertama kami berprogram bersama adik2 pendidikan khas. Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan mereka yang mempunyai masalah seperti bisu dan pekak. Sepanjang program berlangsung, chief facilitator, bro Nash, memberikan arahan dengan bantuan salah seorang pelajar di situ yang mana mereka akan menerangkan kembali menggunakan sign language supaya dapat difahami oleh rakan-rakan yang lain. Jutaan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami ke sekolah, dan kerana sudi memberi kepercayaan kepada barisan fasilitator daripada STUFF untuk mengendalikan program ini bers

Kem Jati Diri Pelajar Sar Kafa Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong

Imej
Pada tanggal 4-6 Ogos yang lalu, satu kem jati diri pelajar telah diadakan yang bertempat di Sar Kafa Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong. Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan khas untuk pelajar tahun 6 di sekolah tersebut yang berjumlah hampir 50 pelajar. Tarikh kem ini diadakan sangat hampir dengan tarikh sebenar mereka akan menghadapi dua peperiksaan penting, iaitu UPSR dan PSRA. Bagi pelajar sekolah rendah agama, ataupun kafa integrasi di negeri Selangor, mereka perlu mengambil ujian PSRA selain dari UPSR sewaktu di Tahun 6. Antara objektif utama pihak sekolah mengadakan kem ini adalah untuk menaikkan semangat serta motivasi para pelajar untuk mereka melakukan pecutan saat akhir dengan masa yang tinggal lagi sebulan sebelum peperiksaan sebenar. Di samping modul2 yang dijalankan oleh fasilitator, waktu-waktu yang lapang dan terluang sepanjang program diisi dengan nasihat serta pengalaman sebenar mereka untuk dijadikan teladan dan pendorong untuk para pelajar tidak b

Booth Stuff Sem 1, 2017/2018

Imej
Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, program pembuka tirai pada semester ini yakni pendaftaran ahli baru (baca booth registration & recruitment) telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program ini telah diadakan pada tarikh 26-27 September yang lalu, bertempat di bahagian kaki lima Information and Technology Division (ITD) IIUM.    Booth yang dibuka selama dua hari ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dengan jumlah ahli baru yang mendaftar seramai 200 orang! tepuk tangan. Sedikit makluman, seramai 32 orang brothers dari pelbagai kuliyyah telah menyertai kelab kita manakala berbaki 168 orang adalah sisters. tangan dibahu mata ke atas. Kemanakah perginya brothers di dalam uiam ini? allahu.    Selesai sahaja program ini, kesemua ahli baru ini telah dipecahkan masuk ke dalam biro masing-masing mengikut pilihan mereka di atas kertas borang keahlian. Dari sini sehinggalah kepada penyeimbangan bilangan ahli setiap biro dikendalikan sepenuhnya oleh mainboard STUFF I

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Methodist (ACS) Setiawan

Imej
Pada tarikh 7 Julai sehingga 9 Julai 2017 yang lalu, kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah menghantar sepasukan ahli ke Chalet Kenangan Pak Man Teluk Batik, yang bertempat di Lumut, Perak. Program perkhemahan perdana ini merupakan sebuah program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan bertujuan untuk melatih sikap kepimpinan pelajar di samping dapat membentuk sikap dan peribadi yang terpuji dalam diri pelajar itu sendiri. Para pelajar di sekolah ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan antara para pelajar selain daripada melatih mereka agar mampu untuk bekerjasama walaupun dengan mereka yang berlainan bangsa dan agama. Objektif perkhemahan ini merupakan satu tindakan yang bijak melihat kepada realiti rakyat Malaysia itu sendiri yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama. Antara modul yang dijalankan juga menekankan tema kerjasama antara para peserta s

STUFF Ukhuwah and Induction Training (SUIT) semester 1, 2017/2018

Imej
       Pada 29 september hingga 30 september 2017 yang lalu telah berlangsungnya program STUFF Ukhuwah and Induction Training (SUIT) dibawah kendalian ahli-ahli kelab Student Facilitating Front (STUFF) IIUM . Program ini telah dilaksanakan di kawasan sekitar kampus indah UIAM, Gombak.    Objektif utama program SUIT adalah untuk memperkenalkan sejarah dan perihal kelab kepada ahli-ahli baharu yang baru mendaftar masuk pada semester kali ini. Selain itu, SUIT dijadikan medan untuk barisan mainboard meluangkan masa dan membina hubungan akrab dengan ahli-ahli kelab. Hal ini kerana kesemua barisan mainboard turut mengambil di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berperwatakan seolah-olah ahli biasa dan baru mendaftar, barisan mainboard berjaya membuatkan para ahli baharu selesa dengan keberadaan mereka. Program ini juga dijayakan dengan  cemerlang hasil pimpinan saudara Azim yang lebih mesra dengan panggilan Ajay daripada biro Energizer Module (EM) sambil dibantu saudari Ai

Bengkel Teknik Belajar SMK Sungai Kertas

Imej
Bengkel Teknik Belajar merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh STUFF IIUM bertarikh 27 dan 28 April dan bertempat di SMK Sungai Kertas. Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dengan pelbagai teknik belajar dan juga melatih daya kreativiti mereka. Program ini menekankan pelbagai variasi modul yang telah diubah-suai mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar.  Seperti yang dapat dilihat melalui program ini, target pelajar yang menyertai bengkel ini merupakan pelajar tingkatan empat dan lima yang merupakan calon untuk menduduki peperiksaan SPM. Modul-modul yang dijalankan bersama pelajar juga telah di'improvise' agar bersesuaian dengan konsep suasana pembelajaran yang santai. Pelajar tidak terikat dengan suasana pembelajaran dalam kelas yang memerlukan seratus-peratus tumpuan dan sepenuh perhatian. Sebaliknya, para fasilitator cuba untuk mewujudkan modul-modul yang dapat membantu sedikit-sebanyak dalam persediaan me

Training STUFF Sem 2, 2016/2017

Imej
Bismillahirrahmanirrahim~ Seperti yang kita semua sudah maklum, Student Facilitating Front atau lebih dikenali sebagai STUFF merupakan sebuah kelab yang membentuk serta melatih ahli2 nya untuk menjadi mahasiswa yang bukan sahaja fokus kepada akademik, bahkan turut aktif melibatkan diri sebagai seorang fasilitator yang berkebolehan, berdisiplin, serta sentiasa bersedia dan mampu untuk  mendidik anak-anak bangsa   Bak kata orang, usaha tangga kejayaan. Untuk menjadi seorang yang berpengetahuan luas serta mempunyai ilmu sebagai seorang fasilitator dan juga cara untuk mengendalikan sesuatu modul itu, tak boleh dicapai dengan masa yang singkat.  Oleh itu, STUFF telah mengambil inisiatif untuk melatih ahli2 nya mengendalikan cara pelaksanaan sesuatu program melalui training mingguan STUFF.  Training ni dijalankan setiap minggu (semester panjang sahaja) dan setiap biro dlm STUFF akan bergilir-gilir untuk handle training tersebut. Setiap training ada tema yang berbeza dan ak