Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

PROGRAM TAUTAN KASIH

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Assalamualaikum w.t.b... Sekarang dah masuk Ramadhan, macam mana puasa? Moga segala ibadah (puasa, terawih, qiam, bacaan Quran dan sebagainya) diterima...amiin... Alhamdulillah, sebelum kita bertemu dengan Ramadhan, STUFF diberi peluang untuk berkunjung ke Melaka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Pada 6 hingga 8 Ogos 2010 program ini berlangsung. Tepat jam 9 malam, seramai 38 ahli STUFF bertolak daripada (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) UIAM ke Melaka dan tiba disana sekitar pukul 1 pagi. Peserta yang terlibat seramai 80 orang daripada Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Untuk makluman, sekolah ini telahpun datang berkampung di UIAM, dan kini kami pula ke sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan cukup menarik, antaranya trip ke Kampung Panchor. Disitu, stuffians diberi kesempatan untuk merasa kuih raya, bahulu panas dan mee Jawa. Kemudian, jalan lagi ke Kolam Ikan Keli dan Ikan Talapia. Tak cukup dengan itu, k

Marhaban Ya Ramadhan STUFFIANS

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Salam kepada semua STUFFIANS seperti yang kita tau esok kita akan menjalani ibadah Puasa selama sebulan. sudahkan anda semua bersedia untuk mengahadapi bulan yang penuh berkat ini..saya pasti anda semua tidak sabar untuk beraya eh nak berpuasa...seperti yang kita tau puasa ini adalah medan latihan untuk kita melatih jiwa rohani, soul dan iman kita. berpuasa bukan setakat berpuasa dengan tidak makan dan minum pada waktu siang tetapi berpuasa mata, mulut dan semua perbuatan yang boleh membatalkan puasa.

Famstrap 2010!!!

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Alhamdulillah, sekali lagi kami diberi ruang dan peluang untuk menjayakan aktiviti terbesar STUFF iaitu Family Day and Facilitaing Skill Training Program (FAMSTRAP). FAMSTRAP kali ini berlansung pada 30 hingga 1 Ogos 2010 betempat di UIAM dan Kem Raudhah. Segalanya berjalan dengan suasana santai. Terima kasih pada yang menjayakan, kalian dekat dihati kami. Moga ukhuwah kita selamanya dihati.  Peserta...dan penceramah... Khuyu' mendengar...

Kem Kecemerlangan Cahaya Iman, SMK Subang Jaya

Imej
Assalamualaikum... Pada 23 hingga 25 Julai 2010, berlansungnya satu lagi program di samping Program Qiamulail di Teluk Gong, iaitu Kem Kecemerlangan Cahaya Iman SMK Subang Jaya. Program ini tertumpu kepada tiga perkara utama, iaitu iman, kerjaya dan motivasi bagi pelajar-pelajar. Peserta yang terlibat daripada tingkatan 5 dan 4. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program berkenaan. Moga para peserta mendapat sesuatu dari program ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu kerana kelemahan kami sendiri.  Tiba di UIAM, tangga besar...  Aerobik sama-sama...

Gathering 4 New Members Yang Gempak...!

Imej
Bismillahi rahmani rahiim... Syukur ke hadrat Ilahi mass gathering berjalan dengan jayanya...tahniah semua!, alfun mabruk!...  Brothers, semestinya stuffians...  Abang Black...syukron =)  Sisters (stuffians)...

Wajah-Wajah Temuduga 2010/2011

Imej
Assalamualaikum wtb... Alhamdulillah... Pertama sekali, maaf diatas kelewatan meng update blog ni. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung juga tidak. Tak nak mengarang banyak-banyak kali ni. Tengok gambar kat bawah ye, betapa meriahnya sesi temuduga. Gambar kat bawah boleh menerangkan segala-galanya. Waiting room... Room 2...abang Yasir, kak Wawa, kak Nad... P enemuduga...

Program Qiamullail S.A.R Integrasi Telok Gong

Imej
Salam 1Malaysia, sudah lama blog ni tidak berupdate...mungkin kerana masing-masing busy dengan aktiviti yang berlambak yang STUFF anjurkan sampai blog ini tidak sapa-sapa yang updated blog nie.. Yang sebenarnya ahli STUFF baru je menghabeskan masa mereka dengan 3 program iaitu Kem Cahaya Iman, Program Qiamullail dan FARMSTRAP..so masing-masing kepenatan dan tiada sapa yang nak updated blog nie.. Tapi pada hari ni saya ingin mengupdate sedikit tentang Program Qiamullail yang diadakan di Sekolah Agama Rendah Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong di Klang, Selangor. program nie telah diadakan pada 24 - 25 Julai 2010 bersamaan dengan hari sabtu hingga ahad..Program Manager bagi program nie ialah Bro. Andy Sahlam Sahartang.. Nature program ini adalah ingin menyedarkan para pelajar sekolah itu kerana mereka amat nakal dan malas untuk belajar sedangkan peperiksaan UPSR tggal sebulan sahaja lagi...jadi cikgu-cikgu mengambil inisetif untuk mengadakan program Qiamullail dan menjemput STUFF untuk