Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

ANNUAL GENERAL MEETING (AGM 2019)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,              Pada tanggal 28 November 2019 (Khamis) , kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2019 yang bertempat di Lecture Theatre 2, KENMS. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir semua ahli, alumni dan penasihat STUFF. Objektif utama adalah pembubaran ahli jawatan kuasa tinggi dan pengurusan STUFF 2018/2019, di samping pelantikan barisan kepimpinan yang baharu. PENGHARGAAN KEPADA BARISAN KEPIMPINAN STUFF 2018/2019 Majlis ini telah dijalankan seawal jam 8.00 malam yang di mulai dengan bacaan doa, ucapan penasihat dan pengerusi STUFF. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti dan program yang di laksanakan sepanjang tahun 2018/2019 oleh setiausaha STUFF serta pembentangan daripada bendahari mengenai bajet dan pengurusannya. Selain dari objektif utama yang telah disebutkan, ia juga bertujuan untuk memberi anu

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH & JATI DIRI MURID (SMKA Kuala Selangor)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Objektif program: 1)     Mencungkil bakat dan potensi dalam diri setiap pelajar. 2)     Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah. 3)     Meningkatkan disiplin dan jati diri dalam diri murid itu sendiri. 4)     Menghidupkan ukhuwah dan hubungan yang baik sesama pelajar.             Pada tanggal 17 November 2019, seramai 23 orang mahasiswa dari UIAM telah berangkat dari UIAM ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor sebagai fasilitator kepada 100 orang pelajar Tingkatan 2. Sebanyak 4 buah modul telah   disediakan sebagai aktiviti kepada pelajar iaitu “Lukisan Kita”, “Guidance”, “Ikut Sesuka Hati”, dan “Heart to Heart Session” atau lebih dikenali sebagai Refleksi Diri bersama sama dengan fasilitator yang diletakkan dalam kumpulan. Sesi Taklimat            Modul pertama yang dijalankan iaitu  “Lukisan Kita” telah disediakan oleh Ketua Fasilitator dengan bertemakan Komunikasi dianggarkan b

STUFF SPORTS DAY 2019

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, STUFF Sports Day 2019 atau lebih dikenali dengan nama ‘SSD 2019’ telah berlangsung pada 16 November 2019 dan bertempat di Padang Mahallah Ali, IIUM.   Program ini bertujuan untuk mengukuhkan ukhwah ahli STUFF daripada setiap biro secara holistik selain membantu semua mereka untuk lebih mengenali ahli STUFF daripada biro-biro yang berlainan. Acara SSD pada tahun 2019 ini telah menggunakan tema Panglima. Kesemua peserta telah dibahagikan mengikut empat rumah sukan secara rawak iaitu Tuah, Jebat, Kasturi dan Lekir. Terdapat pelbagai permainan menarik yang disediakan pada acara SSD tahun ini seperti Permaisuri Dodgeball, Blind Zombie, Winter Sonata. Tidak lupa juga kepada dua acara tahunan yang wajib diadakan setiap kali berlangsungnya Stuff Sports Day ini iaitu Tarik Tali dan Pening Lalat. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan ahli-ahli STUFF yang berpakaian mengikut warna tema rumah sukan mereka .Peserta turut dimin

STUFF UKHUWAH AND INDUCTION TRAINING (SUIT) SEM 1 19/20

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,       Pada 18 Oktober 2019 yang lalu, Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan satu program yang diberi nama sebagai STUFF Ukhuwah and Induction Training (SUIT) . SUIT merupakan program pertama yang akan diadakan pada setiap semester untuk memberikan pendedahan awal mengenai kelab ini. SUIT juga bertujuan untuk memberikan latihan pertama kepada ahli-ahli baharu bagi mengasah kemahiran memimpin dan juga kemahiran mereka sebagai fasilitator. Objektif utama program SUIT ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kelab ini kepada ahli-ahli baharu. Bukan itu sahaja, program ini juga merupakan tradisi kelab kami sejak turun temurun bagi mempertajam kemahairan-kemahiran kepemimpinan yang sedia ada dalam diri setiap manusia. Selain itu, STUFF melalui program SUIT dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berani untuk ke hadapan di samping merialisasikan misi UIAM, iaitu mempromosikan integrasi pengetahuan dalam kalanga

BOOTH STUFF SEM 1 19/20

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,         Booth STUFF merupakan program yang dijalankan setiap sem bagi mengajak lagi ramai ahli baru untuk menyertai STUFF serta bagi ahli lama untuk memperbaharui keahlian mereka. Booth ini ditempatkan di ITD Foyer berdekatan masjid yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 15 Oktober 2019 hingga 17 Oktober 2019. Tema pada kali ini ialah Aloha, yang memaparkan ciri-ciri Hawaii.           Booth STUFF selalunya dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang sepanjang 3 hari tersebut. Booth dibuka dengan ketibaan barisan komiti Booth untuk persiapan booth. Para komiti mengambil inisiatif secara bergilir-gilir untuk hadir menjaga booth supaya tidak mengganggu waktu kelas. Ahli komiti telah menyediakan flyer bagi diedarkan kepada sesiapa sahaja yang berjalan di kawasan booth. Selain itu, para komiti sedaya upaya menarik minat pelajar lain dengan menceritakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh STUFF. Komiti sedang memberi p

FAMSTRAP 2019

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Family Day & Facilitating Skills Training Program atau lebih dikenali dengan nama FAMSTRAP telah berlangsung pada 11 Oktober hingga 13 Oktober yang lalu.  Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu facilitating kepada ahli STUFF selain untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli STUFF.  Program yang bermula pada Jumaat malam ni diadakan di Dataran HS, UIA dan kemudiannya di Kem Herba, Hulu Langat pada Sabtu pagi sehingga Ahad.  Seramai 20 orang ahli dan 18 orang mainboard STUFF telah menyertai program ini. Slot pertama pada Jumaat malam diketuai oleh Muhammad Saufi bin Sallehudin selaku Chief Facilitator FAMSTRAP.   Sesi ICE BREAKING Keesokan harinya, kami semua bertolak ke Kem Herba pada jam 8 pagi.  Aktiviti sepanjang hari Sabtu dikendalikan oleh trainer jemputan, PLF Amar Shafie.  Pelbagai ilmu berkaitan facilitating telah dikongsikan oleh beliau. Sesi bersama trainer jemputan, PLF Amar

MASS GATHERING STUFF SEM 1 19/20

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,    Perhimpunan besar-besaran STUFF 2019 merupakan program tahunan STUFF IIUM dimana ia telah berlangsung pada 19 Oktober 2019 bertempat di Dataran HS, Kulliyah Sains Kemanusian, UIA. Tema  Perhimpunan besar-besaran pada tahun ini   adalah Boboiboy dimana setiap biro diberi ciri-ciri masing – masing sebagai contohnya Group Module (Boboiboy Api), Mass Module (Probe) dan seterusnya. Objektif program ini selain daripada meneruskan tradisi STUFF adalah untuk  memperkenalkan ahli-ahli baharu sekaligus memupuk semangat yakin diri serta mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli lama bersama dengan ahli-ahli baharu. Tambahan dengan itu, program ini juga bertujuan untuk menyemarakan semangat kekitaan dan kerjasama bersama biro-biro lain melalui energizer dan permainan module yang disediakan. Malam ini juga merupakan malam permulaan sebagai pembuka laluan untuk program-program STUFF akan datang. Program ini bermula pada pukul 7.45 malam dengan ketiba

BERMALAM DI MUZIUM TEKSTIL 2019

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Program Bermalam di Muzim Tekstil ini merupakan program kolabrasi bersama STUFF IIUM dan pihak muzium tekstil yang dijalankan pada 30 hingga 31 Ogos 2019 sempena sambutan hari kemerdekaan.   Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun dari berlainan sekolah. Objektif bagi program 2 hari 1 malam ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan mendalami erti kemerdekaan dalam diri masing-masing. Sebelum memulakan modul, kami melakukan aktiviti ‘ice-breaking’ terlebih dahulu untuk mengenali peserta lain dengan lebih rapat dan mewujudkan hubungan yang mesra antara peserta dan fasilitator. ICE BREAKING : Ohsem extreme Modul pertama yang dijalankan ialah modul Paku Ajaib. Modul ini berdurasi selama 35 minit dan perlu dilakukan dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan 13 paku dan perlu mendirikan 12 paku hanya di atas 1 paku. Jika berjaya, mereka perlu menunjukannya kepada ketua fasi.

STUFF RAYA 2019

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,    Pada tarikh 13 julai yang lalu, pihak pengurusan STUFF telah menganjurkan sebuah jamuan bersempena sambutan hari raya Aidil Fitri yang bertempat di TR8 kuliyyah Pendidikan UIAM Gombak. Jamuan ni telah disertai oleh ahli-ahli kelab terutamanya dan juga alumni. Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk menguatkan hubungan silaturrahim yang telah ada antara ahli-ahli kelab di samping merayakan sambutan aidil fitri yang mulia. Kek Daripada Alumni STUFF IIUM    Agenda utama jamuan ini sudah semestinya adalah untuk menjamu selera. Pelbagai hidangan telah disediakan lengkap dan enak daripada menu utama hinggalah ke pencuci mulut. Ditemani dendangan lagu raya yang tiada henti telah memeriahkan lagi jamuan ini bagaikan menjamu selera di pagi raya. Bukan itu sahaja. Jamuan ini telah diserikan lagi dengan beberapa penyampaian hadiah seperti cabutan bertuah dan anugerah pakaian tercantik. Selain itu, STUFF juga telah menganjurkan “Photo C

Annual Grand Dinner STUFF 2019

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,        Program Majlis Makan Malam Tahunan STUFF 2019 (Annual Grand Dinner STUFF 2019) telah berlangsung pada 30 April 2019, hari Selasa. Program ini dijalankan di Dewan Serbaguna, Wadi Budi. Tema majlis makan malam pada tahun ini ialah Kisah Dongeng (fairytale). Objektif program ini dijalankan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan pengajian di semester ini dan semester depan. Kemudian, malam ini dianggap sebagai malam apresiasi kepada semua yang menyumbang tenaga, idea dan masa dalam menjayakan aktiviti dan program yang pernah dijalankan sebelum ini. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara sesama ahli biro dan antara biro yang lain. Kemudian, anggota STUFF diberi peluang untuk menunjukkan bakat terpendam di slot persembahan. Akhir sekali, program ini diadakan bagi memupuk semangat kekitaan dan perasaan bangga kerana beridentiti ahli anggota STUFF.  Pengacara Majlis Pr

PROGRAM KEM SMART SOLAT SMK PUSAT BANDAR BARU PUCHONG 1 (27 APRIL 2019)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Objektif Kem: 1)     Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar tentang solat harian. 2)     Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya cara bacaan dan tatatertib dalam solat. 3)     Menguji pengetahuan pelajar tentang rukun, syarat dan bacaan dalam solat. 4)     Memupuk semangat berpasukan pelajar yang berbeza tingkatan. 5)     Memberi peluang kepada pelajar untuk berfikiran kreatif dan terbuka. Satu sesi pengenalan dan sebanyak tiga modul telah dijalankan oleh para fasilitator iaitu sesi suai kenal (ice breaking), pembentukan kumpulan (group formation), modul tahu ke tak tahu dan explo-solat. Dalam sesi suai kenal, kami telah memilih aktiviti kotak beracun. Objektif sesi ini adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar yang berbeza umur. Selain itu, ia bertujuan untuk menhilangkan rasa ketidakselesaan sepanjang program ini berlangsung. Bagaimana aktiviti ini dijalankan adalah apabila pelajar di