Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Kem Motivasi Pelajar SMPKP 2017 "Menggapai Impian"

Imej
Pada tarikh 15 September hingga 17 September 2017, kelab STUFF dengan kerjasama pihak sekolah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang, telah menganjurkan sebuah kem motivasi pelajar bersama pelajar2 yang terpilih daripada sekolah tersebut. Kem ini merupakan sebuah pengalaman baru buat kelab STUFF sendiri, kerana ini merupakan kali pertama kami berprogram bersama adik2 pendidikan khas. Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan mereka yang mempunyai masalah seperti bisu dan pekak. Sepanjang program berlangsung, chief facilitator, bro Nash, memberikan arahan dengan bantuan salah seorang pelajar di situ yang mana mereka akan menerangkan kembali menggunakan sign language supaya dapat difahami oleh rakan-rakan yang lain. Jutaan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami ke sekolah, dan kerana sudi memberi kepercayaan kepada barisan fasilitator daripada STUFF untuk mengendalikan program ini bers