Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

CANVATRIX: An Online Canva Workshop

Imej
  (Poster CANVATRIX)   Alhamdulillah, syukur kerana program CANVATRIX: An Online Canva Workshop telah selesai dijalankan dengan jayanya. Ini merupakan bengkel pertama yang STUFF adakan secara online, dengan topik yang baru namun dekat di hati para pelajar. Tidak dinafikan skill editing dan membuat poster sangat penting untuk mahasiswa terutamanya sedang kita berada dalam era permodenan. Segala ilmu berkaitan komputer dan pereka grafik memainkan peranan yang besar untuk bakal kerjaya kelak.   Menyedari isu ini, STUFF telah mengorak langkah untuk melaksanakan program CANVATRIX: An Online Canva Workshop pada tarikh 7 November 2021. Nama yang dipilih adalah unik kerana disebalik perkataan yang lain daripada lain ( rare) , ianya membawa maksud “Canva Tricks”, iaitu Muslihat atau Rahsia Canva. Dengan kerjasama Kelab Anak-Anak Berakhlak Islam (AKHI) dan rakan media Quranic Youth Club (QYC), program ini menjemput speaker yang sangat berpengalaman, Br Adham Rafiq, pengasas Dlance Digita

STUFF TALKATHON 2.0

Imej
    STUFF TALKATHON 2.0 3 DISEMBER 2021   بسم الله الرحمن الرحيم   Pada tanggal 3 Disember 2021, kelab Student Facilitating Front (STUFF)   telah mengadakan sebuah program bual bicara bersama-sama ahli panel daripada alumni dan penceramah jemputan yang pakar dalam profesion mereka. Program ini telah diberi nama STUFF TALKATHON 2.0. Untuk pengetahuan semua, STUFF   TALKATHON 2.0 ini merupakan forum dalam talian selepas kejayaan   STUFF TALKATHON yang pertama yang telah dijalankan pada Ogos 2021. Kali ini, topik yang dibincangkan ialah “How Important Is LinkedIn To Students?”. Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran pada para pelajar tentang keperluan memiliki akaun LinkedIn untuk masa hadapan mereka sendiri. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, program ini telah diadakan sepenuhnya dalam talian di platform YouTube STUFF IIUM.   Selain itu, program ini telah melibatkan seramai 15 orang komiti. Kami juga telah menjemput tiga orang ahli panel. Ahli panel yang p

PROGRAM SEKOLAH: ENGLISH LAB SK SRI KIAMBANG

Imej
 PROGRAM SEKOLAH: ENGLISH LAB SK SRI KIAMBANG  -13 November 2021   Pada tanggal 13 November 2021,   STUFF IIUM telah mengadakan sebuah program sekolah secara virtual yang diberi nama English Lab bersama SK Sri Kiambang. Untuk makluman, ini merupakan program sekolah virtual yang pertama diadakan sepanjang penubuhan kelab ini. Hal ini demikian kerana, gejala COVID-19 yang telah melanda negara kita menjadi kekangan pihak penganjur untuk mengadakan program sekolah seperti biasa iaitu dengan berkunjung ke sekolah dan membuat aktiviti secara bersemuka. Oleh yang demikian, program ini telah dianjurkan dengan menggunakan aplikasi Google Meet serta memanfaatkan segala teknologi yang ada bagi memastikan semua objektif program ini tercapai. Program ini telah melibatkan seramai 20 orang komiti yang terdiri daripada barisan jawatan tertinggi STUFF IIUM 2021. Selain itu, sebanyak 70 orang murid darjah 4, 5 & 6 dari SK Seri Kiambang telah terlibat untuk menyertai program ini. Konsep modul u