Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Kem Bina Sahsiah tahun 6 SK Guar Perahu

Imej
   Pada tanggal 29 dan 30 Julai yang lalu, seramai 19 orang ahli STUFF IIUM telah selamat menganjurkan Kem Bina Sahsiah Tahun 6 bertempat di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Alhamdulillah, program ini adalah hasil jemputan dan kerjasama dengan unit pendidikan islam SK Guar Perahu. Selain itu, program ini disertai oleh hampir kesemua murid-murid tahun 6.    Program yang berlangsung selama dua hari satu malam ini bermatlamatkan untuk membina sahsiah dan akhlak murid selain daripada untuk menghabiskan penilaian asas fardhu ain (PAFA) mereka. Modul dan aktiviti yang dibawa oleh Stuffiium semuanya berkait rapat dengan pembinaan akhlak dan tidak lupa suntikan motivasi untuk mereka cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang akan datang. Pihak Stuff IIUM juga berasa terharu dan bangga kerna dapat mengadakan program di salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia ini. Buat pengetahuan semua, SK Guar Perahu telah ditubuhkan pada tahun 1911 sebelum negara merdeka! haa