Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

MERDEKA GAMESHOW

Imej
Hai dan assalamualaikum semua! Alhamdulillah, kita telah berjaya melaksanakan program Merdeka Gameshow buat julung kalinya, bukan setakat untuk kelab STUFF IIUM namun rasanya kelab lain juga belum pernah buat program seperti ini. Lainnya Merdeka Gameshow ini daripada program-program yang lain adalah kerana pertandingan kuiz ini dijalankan secara ‘live’, dimana para peserta perlu bersaing antara satu sama lain dalam beberapa pusingan untuk merangkul gelaran juara bagi Merdeka Gameshow.   Sedikit pengenalan, Merdeka Gameshow diadakan pada tarikh 30 Ogos 2021, waktu simbolik untuk meraikan ambang merdeka bersama-sama. Bermula pada jam 8.30 malam, semua peserta dan komiti telah berada di dalam platform Google Meet, dan sesi tersebut disiarkan di platform Youtube Live untuk tontonan umum. Wah rasa macam tengah tengok TV show pulak! Objektif bagi program ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang negara Malaysia yang merangkumi sejarah, budaya, lagu dan sebagainya. Selain itu, p

STUFF MOVIE SCREENING

Imej
STUFF MOVIE SCREENING       Bismillahirrahmanirrahim. Haiii Assalamualaikum semuaa. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menziarahi blog kelab stuff ini hehe, jadi untuk posting yang berjudul Stuff Movie Screening kali ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang program ini. Pada tanggal 28 Ogos 2021, Kelab Student Facilitating Front (STUFF), IIUM telah menganjurkan sebuah program iaitu STUFF Movie Screening (SMS) buat pertama kali. Tujuan utama program ini diadakan ini adalah untuk memperkukuhkan 'ukhwah' atau ikatan di antara ahli kelab walaupun semasa pandemik COVID-19. Tambahan pula, pada masa yang mencabar ini kami percaya pelajar atau lebih spesifiknya ahli kelab mungkin mengalami tekanan, kegelisahan, ketakutan, kesedihan, dan kesunyian. Oleh itu, program ini adalah tunjang untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik dengan membina hubungan yang erat antara semua ahli STUFF secara maya. Seperti umum mengetahui, aktiviti berkumpul beramai ramai tidak d