Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Program Kolobaratif SMK Agama Kuala Selangor dan SM Sains Kuala Selangor Bersama STUFFIIUM

Imej
Pada 16 Mac 2019, pihak STUFF IIUM atau lebih spesifik biro Group Module STUFF IIUM telah berjaya mengadakan satu program kolaboratif bersama SMK Agama Kuala Selangor & SM Sains Kuala Selangor bertempat di IIUM Gombak. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Seramai 76 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring telah terlibat, manakala STUFF IIUM telah menghantar 30 orang fasilitator untuk memastikan kelancaran hari program. Program ini telah berjaya menjalankan 2 modul bersama para peserta, iaitu ; Modul 1 – Explorace (UIAM’s Tour) dan Modul 2 – Human Machine . Modul 1 iaitu Explorace (UIAM’s Tour) bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Modul ini telah menyediakan 6 “check point” yang berlainan permainan untuk menguji kecekapan dan ketangkasan para peserta. Semua peserta dilepaskan serentak di Kaed Gallery menuju ke salah satu “check point” yang bertempat di Colloseum Engineering, di hadapan CAC, Business Compound dan di hadap

Kem Tunas Pemimpin : SK Bandar Baru Sri Damansara

Imej
Segala puji bagi Allah yang telah mengatur sebaik-baik perancangan ke atas hamba-Nya. Alhamdulillah, pada 1 dan 2 Mac 2019, Kelab STUFF dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara telah melaksanakan program Kem Tunas Pemimpin yang melibatkan seramai 104 orang murid-murid dari sekolah tersebut. Mereka merupakan murid-murid berjawatan di sekolah dan terpilih untuk menyertai program ini. Objektif utama program ini dijalankan adalah bertujuan melahirkan sifat kepimpinan yang baik dalam diri setiap murid disamping menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Terdapat beberapa modul yang telah dijalankan sepanjang kem tersebut antaranya perlawanan dodgeball , nightwalk , pyramid cawan dan keretapi pingpong . Pada hari pertama, perlawanan dodgeball telah diadakan. Permainan ini dimainkan oleh enam kumpulan secara berpasangan (contohnya, kumpulan A vs kumpulan B) dan menggunakan konsep kalah mati. Kemudian, modul nightwalk pula dimainkan pada waktu

Mass Gathering Semester 2 18/19

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,             Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Illahi kerana pada tanggal 23 Februari 2019 STUFF telah berjaya menjalankan program ‘Mass Gathering’. Program ini adalah bertujuan untuk mengumumkan carta organisasi STUFF yg baharu serta menyambut kedatangan ahli baharu STUFF. Program ini telah mula membuat persiapan 3 minggu sebelum hari kejadian. Setinggi tinggi penghargaan kepada 26 ahli STUFF yang sudi menjadi sukarelawan untuk menguruskan program tersebut. Setelah perbincangan, pihak pengurusan telah bersetuju bahawa STUFF Mass Gathering 2019 akan bertemakan ‘Hotel Transylvania’.         Pada 23 Februari, jam 8.00 malam, ahli-ahli STUFF telah berdaftar dan berkumpul di Colosseum. Sementara menunggu kedatangan tetamu terhormat, video mengenai aktiviti-aktiviti STUFF pada semester yang lalu telah ditayangkan. Pada jam 8.30 malam, pengerusi majlis mengumumkan ketibaan tetamu terhormat.        Kemudian, majlis diteruskan dengan

Lawatan Sambil Belajar SMK Dary ke IIUM

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Gunung Pantai tinggi merawan, Nampak dari padang temu, Berat hati hendak ku tinggalkan, Ada jodoh kita bertemu.             Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Illahi iaitu pada 9 March 2019 yang lalu telah selesai program sekolah pertama bagi BIRO DNW dan BIRO RNR STUFF 18/19. Terima kasih kepada SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub (DARY), Melaka yang sudi datang melawat dari Melaka ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk lawatan sambil belajar di UIAM. Walaupun program ini hanya untuk sehari sahaja, tapi rasa gembira dan bahagianya tiada orang pun yang tahu.             Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini. Harapan agar SMK DARY dapat mengambil segala input dan kami berbesar hati sekiranya mereka melawat UIAM lagi pada masa yang akan datang.             Sekali lagi, bagi pihak semua fasilitator, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada cikgu-cikgu. Pihak

STUFFIIUM Recruitment Day Semester 2 18/19

Imej
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, STUFF IIUM membuka tirai 2019 dengan program utama yang wajib bagi setiap semester iaitu STUFF Recruitment Day atau disebut juga sebagai STUFF Booth! Program yang bermula pada 19hb Februari 2019 telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Foyer ITD. Tujuan utama program booth ini adalah untuk merekrut ahli baru STUFF disamping memberi pendedahan tentang STUFF serta menjadi platform untuk warga UIAM khususnya para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang aktiviti aktiviti di bawah kendalian STUFF. Program yang dijalankan telah mendapat kerjasama daripada ahli STUFF sebagai ahli jawatankuasa utama program seramai 20 orang yang berlatar belakangkan biro yang berlainan. Bertemakan flora, program booth pada semester ini telah berjaya merekrut seramai 168 orang ahli baru dari pelbagai kuliyyah. Yeayy! Ahli ahli STUFF yang baru kemudiannya diserap masuk ke biro pilihan mereka dan proses penyeimbangan ahli antara biro bir

Kem Kepimpinan Great Khalifah SK Parit Melana

Imej
Pada 15 Februari 2019 sehingga17 Februari 2019 yang lalu,   alhamdulillah telah selesai program sekolah pertama bagi Mainboard STUFF 18/19. Terima kasih SK Parit Melana, Melaka atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan program di sini.   Program kali ini yang bertemakan Kem Kepimpinan Great Khalifah disertai oleh 155 orang murid yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Sekolah dan murid-murid tahun 6.   Bagi menjayakan Kem Kepimpinan Great Khalifah ini, Chief Facilitator iaitu Abang Daus dibantu oleh 19 orang fasilitator yang lain.   Antara aktiviti yang dilakukan bersama murid-murid ialah pembentukan kumpulan, LDK, explorace dan Malam Kebudayaan.   Sesuai dengan tema Kem Kepimpinan Great Khalifah , setiap kumpulan diberi beberapa keping biskut sebagai barang amanah mereka.   Biskut tersebut mestilah dijaga dengan baik, tidak boleh hancur atau patah. Dengan itu, setiap ahli kumpulan akan berasa kebertanggungja