STUFFIIUM Recruitment Day Semester 2 18/19


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, STUFF IIUM membuka tirai 2019 dengan program utama yang wajib bagi setiap semester iaitu STUFF Recruitment Day atau disebut juga sebagai STUFF Booth!



Program yang bermula pada 19hb Februari 2019 telah berlangsung selama tiga hari bertempat di Foyer ITD. Tujuan utama program booth ini adalah untuk merekrut ahli baru STUFF disamping memberi pendedahan tentang STUFF serta menjadi platform untuk warga UIAM khususnya para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang aktiviti aktiviti di bawah kendalian STUFF.


Program yang dijalankan telah mendapat kerjasama daripada ahli STUFF sebagai ahli jawatankuasa utama program seramai 20 orang yang berlatar belakangkan biro yang berlainan. Bertemakan flora, program booth pada semester ini telah berjaya merekrut seramai 168 orang ahli baru dari pelbagai kuliyyah. Yeayy!

Ahli ahli STUFF yang baru kemudiannya diserap masuk ke biro pilihan mereka dan proses penyeimbangan ahli antara biro biro juga dilakukan oleh mainboards STUFF. Mereka seterusnya akan secara rasmi diperkenalkan sebagai ahli STUFF dalam program susulan iaitu SUIT dan Mass Gathering.

Tidak ada laut yang tidak berombak, tidak ada bumi yang tak ditimpa hujan. Cabaran paling utama kami adalah untuk merekrut semaksima mungkin untuk mencapai target yang telah ditetapkan iaitu seramai 150 orang. Alhamdulillah, berkat kerjasama ‘all out’ semua komiti dan juga dari mainboards yang turut turun padang, kami berjaya malahan melebihi target rekrut ahli baru. Tidak lupa juga kepada ahli ahli STUFF yang lain yang turut meluangkan masa di booth bersama sama mempromosikan STUFF.

Terima kasih diucapkan kepada semua komiti yang terlibat, mainboards serta ahli ahli STUFF yang lain. Terima kasih semua!

Akhir kata, diharapkan dengan penambahan wajah-wajah baru, STUFF bertambah ceria dan semakin progresif. Sepertimana kami promosikan STUFF sebagai Super Talented Ultimate Fantastic Family, selamat datang kami ucapkan kepada ahli ahli baru STUFF. Welcome to the family! Moga moga STUFF menjadi medan utama untuk anda terus aktif berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat di samping membina sahsiah, kemahiran serta keterampilan yang cemerlang.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA