KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP
Objektif: ● Menyemai rasa menghargai diri dan keluarga ● Mengenal pasti kelebihan dan kekuatan diri ● Mengoptimumkan kelebihan dengan baik agar mampu memberi kebaikan kepada orang sekeliling Sk Seri Machap, Simpang Renggam ialah sekolah yang menjadi pilihan untuk mengadakan ‘Kem Jati Diri Membentuk Sahsiah dan Minda Positif.’ Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula pada 21 Februari 2020 hingga 22 Februari 2020. Program ini melibatkan 26 orang ahli daripada biro Registration and Recruitment yang berfungsi sebagai fasilitator dan 79 orang pelajar sekolah Sk Seri Machap, Simpang Renggam. Kem ini bermula dengan mass modul yang merangkumi 3 jenis aktiviti. Aktiviti pertama ialah Sit in Groups , aktiviti kedua ialah Group Formation dan aktiviti 3 ialah Who Are We? . Pelaksanaan aktiviti pertama bermula dengan ketua fasilitator menyebut empat ciri yang telah ditetapkan iaitu i) warna tali kasut, ii) warna baju, iii) bulan kelahiran dan yang
Ulasan
Catat Ulasan