Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Program Sekolah

Kem Motivasi Pelajar SMPKP 2017 "Menggapai Impian"

Imej
Pada tarikh 15 September hingga 17 September 2017, kelab STUFF dengan kerjasama pihak sekolah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang, telah menganjurkan sebuah kem motivasi pelajar bersama pelajar2 yang terpilih daripada sekolah tersebut. Kem ini merupakan sebuah pengalaman baru buat kelab STUFF sendiri, kerana ini merupakan kali pertama kami berprogram bersama adik2 pendidikan khas. Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan mereka yang mempunyai masalah seperti bisu dan pekak. Sepanjang program berlangsung, chief facilitator, bro Nash, memberikan arahan dengan bantuan salah seorang pelajar di situ yang mana mereka akan menerangkan kembali menggunakan sign language supaya dapat difahami oleh rakan-rakan yang lain. Jutaan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami ke sekolah, dan kerana sudi memberi kepercayaan kepada barisan fasilitator daripada STUFF untuk mengendalikan program ini bers...

Kem Jati Diri Pelajar Sar Kafa Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong

Imej
Pada tanggal 4-6 Ogos yang lalu, satu kem jati diri pelajar telah diadakan yang bertempat di Sar Kafa Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong. Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan khas untuk pelajar tahun 6 di sekolah tersebut yang berjumlah hampir 50 pelajar. Tarikh kem ini diadakan sangat hampir dengan tarikh sebenar mereka akan menghadapi dua peperiksaan penting, iaitu UPSR dan PSRA. Bagi pelajar sekolah rendah agama, ataupun kafa integrasi di negeri Selangor, mereka perlu mengambil ujian PSRA selain dari UPSR sewaktu di Tahun 6. Antara objektif utama pihak sekolah mengadakan kem ini adalah untuk menaikkan semangat serta motivasi para pelajar untuk mereka melakukan pecutan saat akhir dengan masa yang tinggal lagi sebulan sebelum peperiksaan sebenar. Di samping modul2 yang dijalankan oleh fasilitator, waktu-waktu yang lapang dan terluang sepanjang program diisi dengan nasihat serta pengalaman sebenar mereka untuk dijadikan teladan dan pendorong untuk para pelajar tidak b...

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SMK Methodist (ACS) Setiawan

Imej
Pada tarikh 7 Julai sehingga 9 Julai 2017 yang lalu, kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah menghantar sepasukan ahli ke Chalet Kenangan Pak Man Teluk Batik, yang bertempat di Lumut, Perak. Program perkhemahan perdana ini merupakan sebuah program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan bertujuan untuk melatih sikap kepimpinan pelajar di samping dapat membentuk sikap dan peribadi yang terpuji dalam diri pelajar itu sendiri. Para pelajar di sekolah ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan antara para pelajar selain daripada melatih mereka agar mampu untuk bekerjasama walaupun dengan mereka yang berlainan bangsa dan agama. Objektif perkhemahan ini merupakan satu tindakan yang bijak melihat kepada realiti rakyat Malaysia itu sendiri yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa, kaum dan agama. Antara modul yang dijalankan juga menekankan tema kerjasama antara para peserta s...

Bengkel Teknik Belajar SMK Sungai Kertas

Imej
Bengkel Teknik Belajar merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh STUFF IIUM bertarikh 27 dan 28 April dan bertempat di SMK Sungai Kertas. Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dengan pelbagai teknik belajar dan juga melatih daya kreativiti mereka. Program ini menekankan pelbagai variasi modul yang telah diubah-suai mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar.  Seperti yang dapat dilihat melalui program ini, target pelajar yang menyertai bengkel ini merupakan pelajar tingkatan empat dan lima yang merupakan calon untuk menduduki peperiksaan SPM. Modul-modul yang dijalankan bersama pelajar juga telah di'improvise' agar bersesuaian dengan konsep suasana pembelajaran yang santai. Pelajar tidak terikat dengan suasana pembelajaran dalam kelas yang memerlukan seratus-peratus tumpuan dan sepenuh perhatian. Sebaliknya, para fasilitator cuba untuk mewujudkan modul-modul yang dapat membantu sedikit-sebanyak dalam persediaan me...

Program Kepimpinan Asrama SMA Al-Falah, Perak

Imej
Pada tarikh 31 Mac, sehingga 2 April, kelab STUFF telah menghantar beberapa orang ahli bagi menjayakan program kepimpinan asrama di SMA Al-Falah yang bertempat di Perak. Program ini bertujuan untuk melatih semangat kepimpinan dalam diri seorang pelajar, tips-tips yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan juga penerapan nila-nilai Islamik dalam aspek kepimpinan itu. Modul-modul yang dijalankan sepanjang program amat menitikberatkan aspek kepimpinan, tambahan pula peserta daripada SMA Al-Falah yang mengikuti program ini merupakan antara barisan pelajar yang menjadi tunggak pimpinan di sekolah tersebut. Peserta juga turut memberikan kerjasama yang baik dan respons yang memberansangkan dalam setiapa aktiviti, dan program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah serius yang timbul dan menganggu kelancaran program. Aspek kepimpinan amat penting lebih2 lagi peserta merupakan pelajar sekolah menengah, ciri2 seorang pemimpin yang cemerlang pe...

Kem Kepimpinan dan Motivasi Kecemerlangan Super Caliph

Imej
Bismillahirrahmanirrahim~ Pada tanggal 10-12 Februari yang lalu, wakil daripada STUFF IIUM telah berjaya melaksanakan Kem Kepimpinan dan Motivasi Kecemerlangan Super Caliph yang bertempat di SK Parit Melana, yang bertempat di Melaka. Program sekolah ini merupakan program sekolah pertama untuk STUFF dalam Semestar 2, 2016/2017 ini. Walaupun baru sahaja di permulaan semester, semangat para fasilitator untuk bertemu dengan adik2 SK Parit Melana sangat berkobar. Kem ini bertujuan untuk melatih skill kepimpinan peserta dan melatih mereka untuk menjadi seorang ketua yang berwawasan serta mempunyai sikap dan personaliti yang dapat memberi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Sepanjang kem ini, pelajar dididik dengan penerapan gaya kepimpinan menggunakan contoh pemimpin terhebat dalam sirah, Nabi Muhammad S.A.W serta tokoh2 lain yang menunjukkan ciri2 kepimpinan yang patut dicontohi, seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Selain itu, pelbagai modul turut dijalankan bagi melatih para ...

Kem Smart Solat SRAI Sungai Cincin

Imej
Assalamualaikum w.b.t! Apa khabar semua? Harapnya anda semua sihat2 belaka ye..Kali ni, kami akan berkongsi kisah berkenaan dengan program sekolah pula. Seperti yang kita sedia maklum, STUFF merupakan sebuah kelab yang mendidik para ahlinya untuk menjadi seorang fasilitator. Selain daripada FAMSTRAP dan latihan mingguan (baca= weekly training), kami juga turut berkolaborasi dengan sekolah-sekolah untuk mengadakan program bersama pelajar di sekolah. Target pelajar tidak terhad untuk sesetengah peringkat umur. Bukan sahaja dengan sekolah rendah, kita pun turut mengadakan program bersama pelajar2 sekolah menengah. Untuk entry kali ini, kami akan kongsikan bersama anda kisah dua hari satu malam bersama pelajar-pelajar tahun 5 di SRAI Sg Cincin (SRAISC) dalam Kem Smart Solat yang kami adakan di sekolah tersebut. Kem ini berlangsung selama 2 hari. Bermula pada jam 3 petang, ahli2 STUFF tiba di sekolah SRAISC. Perjalanan cuma mengambil masa 10-15 min sahaja. Kem ini diadakan bertujuan...

Kem Bina Sahsiah tahun 6 SK Guar Perahu

Imej
   Pada tanggal 29 dan 30 Julai yang lalu, seramai 19 orang ahli STUFF IIUM telah selamat menganjurkan Kem Bina Sahsiah Tahun 6 bertempat di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Alhamdulillah, program ini adalah hasil jemputan dan kerjasama dengan unit pendidikan islam SK Guar Perahu. Selain itu, program ini disertai oleh hampir kesemua murid-murid tahun 6.    Program yang berlangsung selama dua hari satu malam ini bermatlamatkan untuk membina sahsiah dan akhlak murid selain daripada untuk menghabiskan penilaian asas fardhu ain (PAFA) mereka. Modul dan aktiviti yang dibawa oleh Stuffiium semuanya berkait rapat dengan pembinaan akhlak dan tidak lupa suntikan motivasi untuk mereka cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang akan datang. Pihak Stuff IIUM juga berasa terharu dan bangga kerna dapat mengadakan program di salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia ini. Buat pengetahuan semua, SK Guar Perahu telah ditubuhkan pada tahun 1911 sebelum ...