Program Kolobaratif SMK Agama Kuala Selangor dan SM Sains Kuala Selangor Bersama STUFFIIUM
Pada 16 Mac 2019, pihak STUFF IIUM atau lebih spesifik
biro Group Module STUFF IIUM telah berjaya mengadakan satu program kolaboratif
bersama SMK Agama Kuala Selangor & SM Sains Kuala Selangor bertempat di
IIUM Gombak. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00
petang. Seramai 76 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring telah terlibat,
manakala STUFF IIUM telah menghantar 30 orang fasilitator untuk memastikan
kelancaran hari program. Program ini telah berjaya menjalankan 2 modul bersama
para peserta, iaitu ; Modul 1 –
Explorace (UIAM’s Tour) dan Modul 2
– Human Machine.
Modul 1 iaitu Explorace
(UIAM’s Tour) bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.
Modul ini telah menyediakan 6 “check point” yang berlainan permainan untuk
menguji kecekapan dan ketangkasan para peserta. Semua peserta dilepaskan
serentak di Kaed Gallery menuju ke salah satu “check point” yang bertempat di
Colloseum Engineering, di hadapan CAC, Business Compound dan di hadapan CELPAD.
Setelah
peserta berjaya menyelesaikan permainan, mereka akan
diberikan petunjuk ke “check point” seterusnya dan sekeping “puzzle” yang
diletakkan di dalam sampul surat tanpa pengetahuan mereka. Apabila tiba di
“check point” terakhir iaitu di Kaed Gallery, para peserta perlu
mencantumkan
“puzzle” tersebut menjadi sekeping gambar IIUM. Ketua fasilitator juga menampal
maklumat penting berkenaan IIUM dan kursus-kursus yang ditawarkan di setiap
“check point” tetapi tidak diberitahu secara terus kepada peserta kerana ingin
melihat peserta cakna atau tidak terhadap maklumat tersebut. Melalui modul ini,
para peserta dapat belajar erti bantu membantu dan kerjasama bersama ahli
kumpulan, dapat mengenal erti kesabaran dan dapat belajar cara berkomunikasi
melalui konsep “give and take” bersama-sama peserta yang lain.
Seterusnya, ketua fasilitator mengetuai Modul 2 iaitu Human Machine yang dijalankan pada jam
2.30 petang setelah para peserta selesai makan tengah hari dan solat di SHAHS.
Human Machine ialah satu modul yang memerlukan para peserta berlakon menjadi
kemudahan awam yang berada di IIUM berdasarkan situasi yang diberikan oleh
ketua fasilitator. Contohnya, situasi yang diberikan ialah mahallah, jadi
sekumpulan peserta perlu melakonkan situasi di mahallah dan peserta yang lain
hendaklah meneka situasi itu dengan betul. Sebanyak 2 pusingan telah diadakan
antara 8 kumpulan dan akhirnya modul ini berakhir pada jam 3.50 petang dengan
jayanya. Melalui modul ini, para peserta dapat berfikir secara kreatif dan
kritis untuk mempersembahkan lakonan, malah dapat menjalinkan hubungan yang
erat bersama ahli kumpulan memandangkan setiap kumpulan akan bercampur ahlinya
antara SMK Agama Kuala Selangor dan SM Sains Kuala Selangor. Bukan itu sahaja,
melalui kedua-dua modul yang dijalankan, peserta dapat meningkatkan keyakinan
untuk berhadapan dengan dunia dan masyarakat luar sekaligus dapat memberi
peluang kepada peserta untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
kursus-kursus yang ditawarkan di IIUM malah mencapai objektif utama program ini
dijalankan.
3.0 Gambar
Aktiviti Semasa Program
Kami berharap agar para peserta dapat mencapai objektif
program ini diadakan dan dapat menerima segala input yang dikongsikan oleh
pihak fasilitator. Bukan itu sahaja, saya mewakili para fasilitator juga
berharap agar para peserta dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang
mereka dapat daripada program ini kepada rakan-rakan yang tidak dapat
menyertai. Semoga pihak STUFF IIUM dapat lagi menjalankan program kolaboratif
dengan SMKAKS dan SMSKS pada masa akan datang untuk melahirkan generasi yang
bukan sahaja bijak pandai, malah dapat menyelesaikan setiap masalah dengan
kreatif dan kritis.
Ulasan
Catat Ulasan