Mass Gathering Semester 2 18/19


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,

            Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Illahi kerana pada tanggal 23 Februari 2019 STUFF telah berjaya menjalankan program ‘Mass Gathering’. Program ini adalah bertujuan untuk mengumumkan carta organisasi STUFF yg baharu serta menyambut kedatangan ahli baharu STUFF.
Program ini telah mula membuat persiapan 3 minggu sebelum hari kejadian. Setinggi tinggi penghargaan kepada 26 ahli STUFF yang sudi menjadi sukarelawan untuk menguruskan program tersebut. Setelah perbincangan, pihak pengurusan telah bersetuju bahawa STUFF Mass Gathering 2019 akan bertemakan ‘Hotel Transylvania’.

        Pada 23 Februari, jam 8.00 malam, ahli-ahli STUFF telah berdaftar dan berkumpul di Colosseum. Sementara menunggu kedatangan tetamu terhormat, video mengenai aktiviti-aktiviti STUFF pada semester yang lalu telah ditayangkan. Pada jam 8.30 malam, pengerusi majlis mengumumkan ketibaan tetamu terhormat.

       Kemudian, majlis diteruskan dengan pengumuman barisan organisasi STUFF semester 2018/2019. Majlis telah dirasmikan oleh Penasihat STUFF iaitu Dr Ros Aniza dan tanda penghargaan telah diberikan kepada beliau. Seterusnya, sepatah dua kata daripada Dr Roz Aniza dan juga Presiden STUFF, Ameer Wafiq kepada ahli-ahli STUFF.

               Ahli-ahli STUFF berkumpul di dalam biro masing-masing dan majlis diteruskan lagi dengan aktiviti yang dinamakan “Osom Katak” dan juga “Ping Pang Pong Piang”. Tujuan aktiviti ini adalah untuk merapatkan ukhwah antara ahli baharu dan ahli lama STUFF.
Aktiviti tersebut tamat dalam jam 10 malam diakhiri dengan sesi bergambar setiap biro dan ahli komiti Mass Gathering semester 2018/2019.

            Terima kasih diucapkan kepada semua komiti yang terlibat dan jawatankuasa tertinggi serta ahli ahli STUFF yang hadir untuk menjayakan majlis ini.

          Akhir kata, semoga STUFF terus maju dan ukhwah antara ahli-ahli STUFF berterusan bagaikan air yang dicincang tidak akan putus.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA