Kem Kepimpinan Great Khalifah SK Parit Melana
Pada 15 Februari 2019 sehingga17 Februari
2019 yang lalu, alhamdulillah telah selesai
program sekolah pertama bagi Mainboard STUFF 18/19. Terima kasih SK
Parit Melana, Melaka atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan
program di sini.
Program kali ini yang bertemakan Kem
Kepimpinan Great Khalifah disertai oleh 155 orang murid yang terdiri
daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas
Sekolah dan murid-murid tahun 6. Bagi
menjayakan Kem Kepimpinan Great Khalifah ini, Chief Facilitator iaitu
Abang Daus dibantu oleh 19 orang fasilitator yang lain. Antara aktiviti yang dilakukan bersama
murid-murid ialah pembentukan kumpulan, LDK, explorace dan Malam
Kebudayaan.
Sesuai dengan tema Kem Kepimpinan Great Khalifah,
setiap kumpulan diberi beberapa keping biskut sebagai barang amanah
mereka. Biskut tersebut mestilah dijaga
dengan baik, tidak boleh hancur atau patah. Dengan itu, setiap ahli kumpulan
akan berasa kebertanggungjawaban terhadap barang yang diamanahkan.
Jutaan terima kasih kepada Ustaz Helmi yang
mengurus segala keperluan kami para fasilitator sepanjang 3 hari 2 malam
program ini berlangsung. Kami berharap
pihak sekolah berpuas hati dengan khidmat yang telah kami berikan. Semoga adik-adik SK Parit Melana mendapat
sesuatu yang dapat mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik dan seterusnya
menjadi pemimpin yang baik untuk diri mereka, keluarga, masyarakat, agama dan
negara.
“Terima kasih kepada semua fasilitator yang
terlibat. Saya banyak belajar daripada
kalian. Menjadi Program Manager bukan
bermaksud saya tahu semua perkara, tetapi ini sebenarnya ialah proses untuk
saya belajar dan kutip pengalaman dari setiap seorang dari kalian. Terima kasih kerana kalian sudah menjadi yang
terbaik. Semoga kita semua terus
menyumbang untuk STUFF dan ummah. In
shaa Allah”, (Nur Najihah aka Jaiho, 2019).
Para fasilitator pada majlis penutup. Terima kasih semua!
Ulasan
Catat Ulasan