PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,
Pada tanggal 6 Mac (Jumaat) hingga 7 Mac 2020 (Sabtu) ,kelab
Student Facilitating Front (STUFF) telah melaksanakan Program Tunas Pemimpin dengan
kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling pihak sekolah bagi tahun 2020 yang
bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara. Program ini berlangsung
selama 2 hari 1 malam dan telah dihadiri sebanyak 18 orang fasilitator dari
biro Discipline, Commitment and Welfare, 118 orang pelajar, dan semua cikgu
yang terlibat. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar yang berjawatan di
sekolah dan terpilih untuk menyertai program ini.
Objektif utama program ini adalah:
• Untuk meningkatkan kepimpinan pelajar dari segi kualiti dan
progresif dan serta dapat menghasilkan pelajar yang berdisiplin di sekolah.
• Untuk mengukuhkan integrasi pemimpin pelajar menerusi program dan
aktiviti kepimpinan.
• Untuk melahirkan pemimpin yang yakin dalam menjalankan tugas
mereka di sekolah.
• Untuk memupuk nilai bekerjasama dalam pasukan menerusi aktiviti kepimpinan
serta menerapkannya dalam kehidupan harian.
Terdapat beberapa modul yang telah dijalankan sepanjang kem
tersebut antaranya ialah explorace, human wheel, koyak
kertas, lantai larva dan surat cinta. Program ini bermula dengan aktiviti ice
breaking dan Group Formation. Pelaksanaan aktiviti ice breaking
bermula dengan memberikan kertas Bingo yang mempunyai 25 kotak kepada
pelajar. Para pelajar haruslah mencari 5 pelajar yang lain dengan mengikut
ciri-ciri yang terdapat di dalam kotak tersebut dengan meminta nama dan darjah
pelajar. Selepas itu, Bingo akan diambil kira apabila pelajar berjaya
mengumpul tandatangan pada 5 kotak kecil tidak kira secara melintang, menegak
atau pepenjuru. Pengajaran aktiviti ice breaking ini dapat memastikan
pelajar-pelajar berinteraksi sesama mereka semasa melakukan aktiviti.
Seterusnya,
dalam aktiviti Group Formation para pelajar diminta untuk membentuk
sebuah kumpulan yang terdiri daripada 7 orang sahaja. Setelah itu, para pelajar akan mengira 1
hingga 7 dan harus mengingati nombor yang disebut masing-masing. Selepas itu,
ketua fasilitator akan mengarahkan para pelajar nombor 1 untuk bangun dan
bergerak mengikut fasilitator untuk duduk dalam kumpulan. Proses akan berulang
sehingga nombor 7. Selepas selesai, para
pelajar diarahkan untuk berbincang tentang nama kumpulan yang bertemakan nilai-nilai
murni serta memikirkan sorakan bagi kumpulan masing-masing.
Modul
kedua pula berlangsung pada sebelah malam. Modul ini diberi nama Explorace. Para
pelajar perlu menyelesaikan 7 checkpoints (7 kumpulan) untuk
memenangi explorace ini. Modul ini memakan masa selama 135
minit. Setiap checkpoint mempunyai pengajaran tersendiri.
Contohnya, pada checkpoint ke-2 yang diberi nama jentikan
ilusi, para pelajar perlu mempunyai strategi sebelum membuat
sesuatu dan setiap kerja yang dilakukan mestilah fokus supaya dapat
menghasilkan hasil yang baik dan dapat memupuk sikap kerjasama dan menguji
kreativiti kumpulan.
Pada
keesokan harinya, para pelajar bermain permainan iaitu human wheel.
Modul ini dimainkan secara berkumpulan yang mempunyai 3 pusingan. Setiap kumpulan akan menghantar 5-6 orang
wakil pelajar untuk membuat wheel daripada 12 helai surat khabar yang
disediakan. Setelah selesai, pelajar perlu membantu ahli kumpulan masing-masing
dengan memberikan arahan. Di checkpoint 1 dan 2 ada 6 pelajar lelaki dan
6 pelajar wanita dan ahli setiap checkpoint tersebut wajib menutup mata dengan
kain penutup mata. Apabila ahli kumpulan yang berada di checkpoint 1 telah
sampai ke checkpoint 2, mereka harus menukar ahli kumpulan yang berada
di checkpoint 2 untuk ke garisan penamat. Sekiranya wheel
tersebut terkoyak, kumpulan tersebut akan disingkirkan. Modul ini mengajar para
pelajar untuk dalam kerja berpasukan, kita perlulah bertimbang rasa dan saling
membantu antara satu sama lain dalam mencapai suatu matlamat.
Modul
keduanya adalah koyak kertas. Para pelajar diminta untuk koyakan surat khabar kepada 4 dan 8
bahagian pada pusingan pertama dan kedua. Setelah itu, kumpulan akan bertukar
surat khabar dengan kumpulan yang lain dan mereka harus mencantumkan semula helaian
surat khabar tersebut. Pada pusingan terakhir, setiap kumpulan diminta untuk
koyakan kertas secara bebas tidak kira kepada berapa bahagian, dalam masa 30
saat. Tetapi pada pusingan ini para pelajar tidak akan bertukar keratan surat
khabar dengan kumpulan lain, mereka harus mencantum semula keratan surat khabar
tersebut di dalam kumpulan masing masing selama 3 minit. Modul ini mengajar
para pelajar untuk bekerjasama
dalam mencapai kejayaan dan menghindari sikap hasad dengki terhadap orang yang
akan membawa padah kepada kita suatu hari nanti.
Modul
seterusnya ialah lantai larva. Modul ini dilaksanakan dalam berkumpulan dan
mempunyai 2 checkpoints. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua
kumpulan sebelum permainan dimulakan. Ketua kumpulan bertanggungjawab untuk
memikirkan strategi bersama ahli kumpulan untuk memastikan setiap ahli kumpulan
termasuk ketua ke checkpoint seterusnya dengan memastikan kaki setiap
ahli kumpulan termasuk ketua tidak terkena lantai. Aktiviti di checkpoint
ke-2 adalah untuk menyambung titik-titik di atas kertas. Seterusnya, setiap
kumpulan akan dibekalkan dua helai kertas A4 sebagai alat bantuan, tetapi
kertas A4 ini hanya boleh digunakan sebanyak 2 kali. Modul ini mengajar para
pelajar bahawa dalam mencapai kejayaan, kita haruslah mengambil kira tentang
semua orang disekeliling dan sebagai seorang pelajar, kita haruslah sentiasa
bantu membantu antara satu sama lain.
Modul
terakhir ialah surat cinta. Para pelajar diminta untuk melipatkan kertas A4 yang diberi kepada
beberapa bahagian dan diarahkan untuk menulis nama sendiri. Kemudian, para
pelajar akan diarahkan untuk menulis komen atau perasaan mereka terhadap
kawan-kawan mereka tetapi secara berperingkat. Para pelajar akan berikan kertas
ke kanan terlebih dahulu dalam kumpulan masing-masing sampai kertas itu kembali
kepada pelajar asal. Modul ini dapat mengajar pelajar untuk menjadi sebagai
seorang pemimpin iaitu pemimpin tidak seharusnya sombong dengan posisi yang
disandang. Jadi, bila pemimpin ada nilai murni dalam diri, secara automatik
orang akan hormat dekat orang tersebut tanpa orang itu minta untuk dihormati.
Melalui
modul-modul dan aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator, para pelajar telah didedahkan
dengan pengisian dan perkongsian untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Para
pelajar juga dilatih untuk menjadi ketua dalam setiap kumpulan untuk memimpin
rakan yang lain. Konklusinya, semua modul yang telah dijalankan membawa ibrah
yang sama iaitu untuk mendedahkan para pelajar dengan sikap-sikap pemimpin yang
berwawasan serta dapat menanam sifat disiplin dalam diri para pelajar. Hal ini
penting kerana, untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati, mereka perlu
mempunyai ilmu dan akhlak yang baik supaya dapat memimpin ke jalan kebaikan. Setiap
modul dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar berjaya. Para pelajar memberi
kerjasama dan respon yang baik dalam menjayakan setiap modul.
Barisan fasiitator bersama para guru dan pelajar SK Bandar Baru Sri Damansara |
Para pelajar sedang melihat langkah-langkah untuk senamrobik |
Salah satu LDK iaitu 'Human Wheel' sedang dijalankan |
Barisan fasilitator yang terlibat |
Akhir sekali, dengan adanya Program Tunas Pemimpin, para pelajar SK Bandar Baru Sri Damansara dapat menjadi pemimpin yang berakhlak mulia dan berkualiti pada masa depan. Saya mewakili fasilitator yang lain berharap para pelajar dapat ilmu yang secukupnya selama 2 hari 1 malam ini. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada STUFF untuk mengendalikan program ini. Ada jodoh kita akan bertemu lagi.
Ulasan
Catat Ulasan