VIRTUAL FACILITATING SKILLS TRAINING (VISTRAP 2.0)

            Pada 7 November 2021, program VIRTUAL FACILITATING SKILLS TRAINING(VIRSTRAP) telah diadakan secara online di platform Zoom selama 2 jam bermula dari 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh Student Facilitating Front(STUFF) IIUM bersama Asst. Prof. Dr. Ros Aniza Binti Mohd Shariff selaku pegawai pengiring. Untuk makluman, program ini telah pun diadakan dengan jayanya pada tahun lepas dan kini, sekali lagi telah berjaya diadakan oleh pihak STUFF dengan bantuan daripada seorang fasilitator berpengalaman, Amar Shafie dari ProLead Legacy.

Program VIRSTRAP ini melibatkan 53 peserta yang terdiri daripada pelajar pelbagai kursus di IIUM. Matlamat program ini adalah untuk membantu ahli meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka khususnya dari segi pengucapan awam dan komunikasi. Di samping itu, program ini bertujuan untuk membantu peserta membina bakat mereka sebagai jurulatih dan fasilitator dengan meletakkan asas kemahiran komunikasi yang berkesan. Program ini juga adalah antara inisiatif untuk mengeratkan hubungan antara ahli - ahli STUFF.

            Program dimulakan  pada pukul 10.30 pagi dengan menunggu para peserta hadir. Sebelum memulakan sesi utama, fasilitator melakukan sedikit warm- up dan satu permainan ringkas. Dalam permainan ini, para peserta perlu meneka haiwan berdasarkan bayang yang diberikan dan menjawab dengan menggayakan dan membuat bunyi haiwan itu. Walaupun hanya permulaan, platform Zoom telah dihiasi dengan gelak tawa para peserta dek kerana kelucuan jawapan yang diberikan dan fasilitator yang teramat sporting. 


Kemudian, sesi dimulakan dengan tajuk ‘Matching & Mirroring’. Konsep M&M ini adalah untuk mencari titik persamaan antara satu dengan yang lain supaya lebih senang untuk berkomunikasi apabila sudah mengenali diri masing - masing. Dalam sesi ini, para peserta perlu mencari persamaan dengan peserta  yang lain dan juga fasilitator. Abang fasilitator juga memasangkan rakaman video yang agak kelakar supaya para peserta dapat memahami konsep M&M dengan lebih mudah. Beliau menekankan bahawa komunikasi yang jelas sangat penting untuk kita memahami antara satu sama lain. 


Kemudian, fasilitator mengajarkan istilah ‘SALAM MESRA’ sebagai langkah permulaan untuk seseorang memulai komunikasi dan mencari titik persamaan. Istilah ‘SALAM’ adalah komunikasi secara percakapan dan ‘MESRA’ adalah komunikasi secara fizikal. Sepanjang program berlangsung, para peserta tidak kering gusi untuk ketawa sambil mendengarkan apa yang disampaikan oleh fasilitator. Beliau juga berpesan untuk sentiasa senyum apabila bertegur sapa dengan seseorang ini akan membuatkan mereka berasa selesa dengan kita.



 


Sebelum berakhirnya program, fasilitator telah memanggil beberapa orang untuk tampil dan menceritakan tentang pengalamannya sambil didengari peserta yang lain. Beliau juga meminta pendengar itu untuk menggunakan teknik yang telah diajar olehnya. Pencerita begitu bersemangat sehingga membuatkan fasilitator untuk menghentikan penceritaan mereka. Penceritaan diselang - seli dengan nasihat daripada fasilitator.




Program Virstrap ini diakhiri dengan bacaan doa Rabithah dan ucapan penghargaan kepada para peserta yang hadir. Alhamdulillah, program yang dijalankan selama dua jam ini telah berjaya diakhiri tanpa sebarang masalah dan juga memberikan impak yang positif kepada para peserta. Ruangan komen juga telah dihujani dengan komen yang baik seperti ‘bestla virstrap’, ‘mantap bang fasi’, ‘seronokkkkkknyaa’ menunjukkan kegembiraan para peserta ketika menyertai program. Kami berharap semoga program ini dapat membantu para peserta untuk menjadi fasilitator yang hebat di masa akan datang.

Akhir kalam, saya,Muhammad Laith Muizzudin selaku pengurus program Virstrap 2021 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli - ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli STUFF yang hadir untuk program kali ini. Semoga dapat berjumpa lagi di program yang akan datang.

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA