Kem Tunas Pemimpin : SK Bandar Baru Sri Damansara


Segala puji bagi Allah yang telah mengatur sebaik-baik perancangan ke atas hamba-Nya. Alhamdulillah, pada 1 dan 2 Mac 2019, Kelab STUFF dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara telah melaksanakan program Kem Tunas Pemimpin yang melibatkan seramai 104 orang murid-murid dari sekolah tersebut. Mereka merupakan murid-murid berjawatan di sekolah dan terpilih untuk menyertai program ini.

Objektif utama program ini dijalankan adalah bertujuan melahirkan sifat kepimpinan yang baik dalam diri setiap murid disamping menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Terdapat beberapa modul yang telah dijalankan sepanjang kem tersebut antaranya perlawanan dodgeball , nightwalk , pyramid cawan dan keretapi pingpong .

Pada hari pertama, perlawanan dodgeball telah diadakan. Permainan ini dimainkan oleh enam kumpulan secara berpasangan (contohnya, kumpulan A vs kumpulan B) dan menggunakan konsep kalah mati. Kemudian, modul nightwalk pula dimainkan pada waktu malam, dimana murid-murid perlu menutup mata dan berbaris sambil memegang tali. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang akan mengetuai perjalanan ahli kumpulannya yang menutup mata. Setiap kumpulan perlu mendapatkan lapan jenis barang yang diletakkan di sekitar kawasan sekolah.

Pada hari kedua, murid-murid disajikan dengan permainan pyramid cawan dan keretapi pingpong. Modul pyramid cawan dimainkan secara berkumpulan dimana murid-murid perlu mengangkat 10 cawan yang disediakan dengan menggunakan getah sahaja dan membentuk sebuah pyramid. Modul keduanya adalah keretapi pingpong. Murid-murid diminta membuat satu landasan keretapi dengan menggunakan kerta A4 supaya satu bola pingpong boleh melalui landasan tersebut daripada checkpoint A hingga checkpoint B tanpa jatuh. Kedua-dua modul ini bertujuan untuk memupuk sifat pemimpin dan disiplin dalam diri murid-murid.

Melalui modul-modul dan aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator, murid-murid didedahkan dengan pengisian dan perkongsian untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Murid-murid juga dilatih dengan menjadi ketua dalam setiap kumpulan untuk memimpin rakan yang lain. Konklusinya, semua modul yang telah dijalankan membawa ibrah yang sama iaitu untuk mendedahkan murid-murid dengan sikap-sikap pemimpin yang Berjaya serta menanam sifat disiplin dalam diri murid-murid.

Dari aspek yang lain, mereka juga dipupuk dengan ilmu agama melalui slot moral yang dijalankan setiap kali selesai menunaikan solat. Hal ini penting kerana, untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati, mereka perlu mempunyai ilmu dan akhlak yang baik supaya dapat memimpin ke jalan kebaikan.

Setiap modul dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar berjaya. Murid-murid memberi kerjasama dan respon yang baik dalam menjayakan setiap modul.



Mulakan pagi anda dengan senaman dan senyuman


Mendengar arahan sebelum melaksanakan modul dengan teliti


Solat berjemaah di surau


Bekerjasama dalam menjayakan misi


Kenangan indah antara fasilitator dan pihak sekolah


Sebagai penutup bicara, semoga pertemuan yang singkat ini memberi manfaat dan kebaikan dalam diri setiap murid mahupun fasilitator sendiri. Diharapkan juga agar murid-murid menjadi seorang pemimpin yang baik suatu masa nanti. Bak kata hikmah “ Pemimpin yang baik datang dari pengikut yang baik “.  Sekian, terima kasih.
PEMIMPIN HEBAT!







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA