Booth Stuff Sem 1, 2017/2018
Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, program pembuka tirai pada semester ini yakni pendaftaran ahli baru (baca booth registration & recruitment) telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program ini telah diadakan pada tarikh 26-27 September yang lalu, bertempat di bahagian kaki lima Information and Technology Division (ITD) IIUM. Booth yang dibuka selama dua hari ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dengan jumlah ahli baru yang mendaftar seramai 200 orang! tepuk tangan. Sedikit makluman, seramai 32 orang brothers dari pelbagai kuliyyah telah menyertai kelab kita manakala berbaki 168 orang adalah sisters. tangan dibahu mata ke atas. Kemanakah perginya brothers di dalam uiam ini? allahu. Selesai sahaja program ini, kesemua ahli baru ini telah dipecahkan masuk ke dalam biro masing-masing mengikut pilihan mereka di atas kertas borang keahlian. Dari sini sehinggalah kepada penyeimbangan bilangan ahli setiap biro dikendalikan sepenuhnya ole...