Catatan

STUFF VIRTUAL MASS GATHERING SEMESTER 2 2020/2021

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,      Pada tanggal 13 Mac 2021, telah berlangsungnya sebuah program atau acara tahunan iaitu STUFF Mass Gathering yang dianjurkan oleh Kelab Students Facilitating Front (STUFF), IIUM. Program ini diadakan pada setiap tahun yang bertujuan untuk memperkenalkan Kelab STUFF kepada ahli-ahli baharu serta bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara semua ahli STUFF dan ahli-ahli biro. Sejajar dengan kehidupan kita pada musim pandemik ini, Mass Gathering pada tahun ini terpaksa diadakan secara atas talian. Walaupun jarak dan masa memisahkan kita, namun ianya bukanlah penghalang untuk program ini dijalankan dengan jayanya. Program pada kali ini telah dihadiri oleh ahli STUFF serta barisan Kepimpinan STUFF 2020/2021, tidak terkecuali ahli-ahli lama jug turut serta. Mass Gathering pada tahun ini bertemakan animasi HAIKYUU! Dimana semua peserta perlu berkumpul di gelanggang bola tampar Sekolah Menengah Karasuno (ZOOM Meeting) . Ba...

STUFF VIRTUAL BOOTH SEMESTER 2 2020/2021

Imej
  9 th March 2021 – 11 th March 2021 Pada 9 March 2021, STUFF IIUM telah membuka tirai dengan program utama iaitu STUFF Recruitment Day atau disebut juga sebagai Booth STUFF. Program ini diadakan setiap awal semester bertujuan untuk menarik pelajar - pelajar baharu menyertai kelab STUFF IIUM dan juga memberikan penerangan tentang apa itu STUFF IIUM. Apa yang istimewa program kali ini adalah kita mengadakan booth ini secara virtual.               Program yang berlangsung selama 3 hari ini dilakukan secara maya berikutan dengan gejala COVID-19. Pihak komiti mengambil masa untuk mempromosikan kelab STUFF IIUM dengan menyebarkan poster ke dalam kumpulan di mana mana media sosial. Meskipun begitu ,Alhamdulillah, program ini disambut dengan baik dan amat menggalakkan dengan jumlah ahli baharu yang diperoleh seramai 37 orang.               Akhir kata, sekalung ...

STUFF VIRTUAL EXHIBITION SEMESTER 2, 2020/2021

Imej
     Virtual Club and Societies Exhibition merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Student Affairs and Development (STADD) UIAM sebagai platform bagi pelajar pengambilan baru untuk mendaftar ke kelab yang mereka minati secara online. Ia juga membantu pertubuhan-pertubuhan atau kelab-kelab di bawah STADD UIAM untuk merekrut ahli baru bukan sahaja daripada kalangan pelajar baru, tetapi juga dari para pelajar UIAM yang lain. Terdapat pameran dari Kulliyyah Based Societies (KBS) yang memenuhi keperluan pelajar dari kulliyyah masing-masing, badan beruniform, kelab sukan dan banyak pertubuhan pelajar yang merangkumi kemudahan, bahasa, seni, budaya dan banyak lagi.           STUFF berjaya melangsungkan virtual exhibition (pameran maya) buat kali pertamanya pada 16 Februari 2021 melalui Google Meet. Persiapan untuk pameran ini memakan masa sekitar dua minggu dengan hanya 4 komiti yang terdiri daripada barisan jawatankuasa STUFF, untuk mengendali...

ONLINE ANNUAL GENERAL MEETING (AGM 2020)

Imej
  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,               Pada tarikh 15 November 2020 (Ahad), kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan secara online bagi tahun 2020 dengan menggunakan platform di atas talian iaitu aplikasi Google Meet dan juga bersiaran langsung di Facebook Student Facilitating Front IIUM. Majlis ini buat pertama kalinya diadakan secara di atas talian berikutan faktor pandemik Covid-19 yang melanda negara kita. Walaupun terpaksa dikendalikan secara online, majlis ini masih mendapat sambutan yang hangat dan meriah oleh ahli-ahli STUFF yang tidak pernah jemu menyokong STUFF sejak dari dulu lagi. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir kesemua ahli, alumni dan penasihat STUFF. Objektif utama adalah pembubaran ahli jawatankuasa tertinggi dan pengurusan STUFF 2019/2020, sekali gus mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan yang baharu. Untuk makluman...

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum , Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, Pada tanggal 6 Mac (Jumaat) hingga 7 Mac 2020 (Sabtu) ,kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah melaksanakan Program Tunas Pemimpin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling pihak sekolah bagi tahun 2020 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam dan telah dihadiri sebanyak 18 orang fasilitator dari biro Discipline, Commitment and Welfare , 118 orang pelajar, dan semua cikgu yang terlibat. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar yang berjawatan di sekolah dan terpilih untuk menyertai program ini. Objektif utama program ini adalah: • Untuk meningkatkan kepimpinan pelajar dari segi kualiti dan progresif dan serta dapat menghasilkan pelajar yang berdisiplin di sekolah. • Untuk mengukuhkan integrasi pemimpin pelajar menerusi program dan aktiviti kepimpinan. • Untuk melahirkan pemimpin yang yak...

STUFF MASS GATHERING SEMESTER 2, 2019/2020

Imej
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t. Emcees Massgath  Expecto Patronum!!! Obliviate!!! Avada Kedavra!!! Posting kalini akan menceritakan tentang STUFF Mass Gathering (wahh apetu??!!!) . Mass Gathering merupakan program wajib kelab ini bagi setiap semester, yang biasanya dijalankan selepas sesi merekrut ahli baru. Haa untuk Semester 2 2019/2020 ni, Mass Gathering telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Februari 2020, bertemakan siri ahli sihir popular, Harry Potter. Bertempat di Hogwarts ( Engine Colosseum sebenarnya ), perhimpunan besar-besaran ini dihadiri oleh ramai ahli STUFF yang kesemuanya terdiri daripada ahli baru, ahli lama, barisan jawatankuasa STUFF dan tidak ketinggalan kakak-kakak dan abang-abang alumni yang terchenta. Untuk menepati tema gitteww maka keenam-enam biro dalam STUFF telah diberi watak dan warna tersendiri untuk menyerikan lagi perhimpunan ahli sihir ini. Contohnya, ahli biro DnW (Development and Welfare tau bukannya dakwah) ...

STUFF UKHUWAH AND INDUCTION TRAINING (SUIT) SEM 2, 19/20

Imej
Assalamualaikum wbt. Pada tarikh 29 Februari 2020 yang lepas, kelab STUFF IIUM telah menganjurkan sebuah program wajib bagi setiap semester iaitu STUFF Ukhuwah and Induction Training atau juga dikenali sebagai STUFF SUIT. Program ini telah berlangsung selama 4 jam bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari di kawasan Kulliyah of Engineering dan sekitarnya. Program ini telah dikendalikan oleh 25 orang komiti dan juga pihak atasan kelab itu sendiri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan latar belakang serta informasi kelab STUFF kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri ke dalam kelab itu pada awal semester ini. Selain itu, program ini juga diadakan bertujuan untuk membina ikatan antara ahli yang baru menyertai kelab itu dengan ahli yang sedia ada. Program ini telah berjaya mendapat sambutan daripada ahli baru dan dapat menarik minat mereka untuk bergiat lebih aktif di dalam kelab STUFF. Tema bagi STUFF SUIT pada kali ini ialah Avengers...