STUFF MOVIE SCREENING Bismillahirrahmanirrahim. Haiii Assalamualaikum semuaa. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menziarahi blog kelab stuff ini hehe, jadi untuk posting yang berjudul Stuff Movie Screening kali ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang program ini. Pada tanggal 28 Ogos 2021, Kelab Student Facilitating Front (STUFF), IIUM telah menganjurkan sebuah program iaitu STUFF Movie Screening (SMS) buat pertama kali. Tujuan utama program ini diadakan ini adalah untuk memperkukuhkan 'ukhwah' atau ikatan di antara ahli kelab walaupun semasa pandemik COVID-19. Tambahan pula, pada masa yang mencabar ini kami percaya pelajar atau lebih spesifiknya ahli kelab mungkin mengalami tekanan, kegelisahan, ketakutan, kesedihan, dan kesunyian. Oleh itu, program ini adalah tunjang untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik dengan membina hubungan yang erat antara semua ahli STUFF secara maya. Seperti umum mengetahui, aktiviti berkumpul beram...