CANVATRIX: An Online Canva Workshop
(Poster
CANVATRIX)
Alhamdulillah, syukur kerana program CANVATRIX: An
Online Canva Workshop telah selesai dijalankan dengan jayanya. Ini merupakan
bengkel pertama yang STUFF adakan secara online, dengan topik yang baru namun
dekat di hati para pelajar. Tidak dinafikan skill editing dan membuat poster
sangat penting untuk mahasiswa terutamanya sedang kita berada dalam era
permodenan. Segala ilmu berkaitan komputer dan pereka grafik memainkan peranan
yang besar untuk bakal kerjaya kelak.
Menyedari isu ini, STUFF telah
mengorak langkah untuk melaksanakan program CANVATRIX: An Online Canva Workshop
pada tarikh 7 November 2021. Nama yang dipilih adalah unik kerana disebalik
perkataan yang lain daripada lain (rare),
ianya membawa maksud “Canva Tricks”, iaitu Muslihat atau Rahsia Canva. Dengan
kerjasama Kelab Anak-Anak Berakhlak Islam (AKHI) dan rakan media Quranic Youth
Club (QYC), program ini menjemput speaker yang sangat berpengalaman, Br Adham
Rafiq, pengasas Dlance Digital Enterprise. Beliau merupakan Ketua Multimedia
Exco Sahabat YADIM (2018-2020), Ketua Multimedia dan Promosi Youth Business
League (2019-2020) dan mempunyai banyak pengalaman lain dalam dunia editing.
Atas dasar itu, kami berjaya menarik minat seramai 200++ pelajar yang
sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar UIAM, manakala selebihnya daripada
masyarakat luar.
(Br Adham
Rafiq, Pengasas Dlance Digital Enterprise)
Untuk slot yang pertama, Speaker, Br Adham Rafiq memperkenalkan komponen dan fungsi asas CANVA. Antaranya adalah cara-cara memasukkan gambar, menukar warna serta shortcut key untuk fungsi penting seperti copy & paste. Sepanjang 40 minit sesi ini dijalankan, para peserta setia mendengar dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk bertanya soalan kepada speaker.
(Slot 1:
Pengenalan tentang Canva)
Setelah berehat selama 5 minit, Br Adham kembali dengan slot kedua, “Canva Going Advance”. Dalam sesi ini, speaker mengajar tips editing daripada sifu-sifu yang berpengalaman. Antara nasihat yang sangat penting adalah mengetahui konteks poster tersebut, adakah untuk perkenalan, promosi mahupun sekadar pengumuman. Dengan mengetahui maklumat ini, poster tersebut dapat dihasilkan dengan corak dan pengisian yang berkaitan serta mampu mencapai matlamat yang dihajatkan. Dalam sesi ini juga, Br Adham memberikan tips-tips dan tricks Canva yang sangat berguna untuk newbie atau pelajar yang baru sahaja berjinak dengan dunia editing. Selesai semua slot, program diteruskan dengan sesi soal jawab dan fotografi serta Doa Rabitah.
(Slot 2: Canva
Going Advance)
Secara keseluruhannya, Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya. Diharapkan semua peserta dan komiti dapat input yang berguna, yang bukan sahaja boleh diaplikasikan di peringkat universiti malah di peringkat kerjaya kelak. Semoga STUFF teruskan usaha untuk memberi pendedahan tentang skil-skil yang berguna, selaras dengan arus modenisasi semasa.
(Gambar bersama
barisan komiti CANVATRIX)
Ulasan
Catat Ulasan