STUFF TALKATHON: “HOW DO CLUBS IN UNIVERSITY HELP YOUR FUTURE CAREER?”

 STUFF TALKATHON

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,




Pada tanggal 25 Ogos 2021 yang lalu, kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan satu program bual bicara bersama Alumni STUFF buat julung kalinya yang diberi nama STUFF Talkathon. Program ini adalah antara salah satu program yang telah dijalankan semasa shortsem sempena menyambut ulang tahun STUFF yang ke-20 tahun. Bagi program Talkathon kali ini kami telah membincangkan soalan hangat dalam kalangan pelajar sendiri sebagai topik utama iaitu macam mana penglibatan kelab-kelab di universiti ini dapat membantu kerjaya masa akan datang?

 Selain itu, tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan dan kebaikan penglibatan kelab untuk kerjaya masa depan mereka. Oleh kerana kita masih di fasa pandemik Covid-19, STUFF Talkathon ini telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform YouTube STUFF IIUM. Walaupun diadakan secara maya, program ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar UIAM. Untuk makluman, kami telah menjemput 3 orang ahli panel yang juga merupakan Alumni kelab STUFF sendiri bagi berkongsi pendapat, pengalaman dan beberapa tips berkaitan dengan keperluan penglibatan dalam kelab semasa di universiti.



Moderator bersama ahli-ahli panel


Sesi soal jawab bersama para penonton

Alhamdulillah, program Talkathon kali ini telah berjalan dengan jayanya dan para pelajar juga mendapat banyak input yang sangat berguna daripada apa yang telah disampaikan oleh para ahli panel pada malam itu. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah menjayakan program Talkathon serta memberikan sokongan yang tidak putus sepanjang program ini dijalankan. Saya Nurul Nalisya Izzwani, sebagai pengurus program Talkathon kali ini berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan topik-topik yang lebih menarik dan dapat memberikan inspirasi kepada semua yang menonton.

 Psst… Kalau anda terlepas untuk menonton STUFF Talkathon ini, jangan risau!!! Anda masih boleh menontonnya di siaran YouTube STUFF IIUM 😊

Taip je STUFF IIUM kat Youtube, In shaa Allah anda akan jumpa hehe











 

 

 


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA