MERDEKA GAMESHOW
Hai dan assalamualaikum semua!
Alhamdulillah, kita telah berjaya melaksanakan
program Merdeka Gameshow buat julung kalinya, bukan setakat untuk kelab STUFF
IIUM namun rasanya kelab lain juga belum pernah buat program seperti ini.
Lainnya Merdeka Gameshow ini daripada program-program yang lain adalah kerana
pertandingan kuiz ini dijalankan secara ‘live’, dimana para peserta perlu
bersaing antara satu sama lain dalam beberapa pusingan untuk merangkul gelaran
juara bagi Merdeka Gameshow.
Sedikit pengenalan, Merdeka Gameshow diadakan
pada tarikh 30 Ogos 2021, waktu simbolik untuk meraikan ambang merdeka
bersama-sama. Bermula pada jam 8.30 malam, semua peserta dan komiti telah
berada di dalam platform Google Meet, dan sesi tersebut disiarkan di platform
Youtube Live untuk tontonan umum. Wah rasa
macam tengah tengok TV show pulak! Objektif bagi program ini adalah untuk
berkongsi pengetahuan tentang negara Malaysia yang merangkumi sejarah, budaya,
lagu dan sebagainya. Selain itu, program ini juga dapat menaikkan semangat
patriotik dan cinta akan negara dalam kalangan peserta dan penonton, selain
menzahirkan nikmat kesyukuran atas kurniaan Allah dengan bumi Malaysia ini.
Alhamdulillah program yang dijadualkan selama 2 jam ini berjalan lancar dan
segala objektif telah tercapai.
Bagi pusingan pertama yang dinamakan ‘Kuiz
Patriotik”, peserta perlu bersaing dengan menjawab kuiz kemerdekaan. Untuk
memberikan jawapan, mereka perlu menekan butang ‘Raise Hand’ dan peserta
terpantas akan diberikan peluang selama 30 saat. Soalannya sangatlah senang,
contohnya, “Siapakah pencipta bendera Jalur Gemilang dan negeri asalnya”.
Daripada pusingan ini, para peserta dapat menguji sambil belajar pengetahuan am
tentang Malaysia sambil mendidik mereka untuk lebih ‘aware’ dan pantas dalam
melakukan sesuatu tindakan.
Pusingan kedua pula diilhamkan daripada
program TV, “Jangan Lupa Lirik!”, dimana lagu akan diberhentikan dan peserta
perlu menyambung lirik tersebut. Fuh siapa yang join malam tu mesti dapat
dengar suara merdu daripada peserta-peserta kita. Menggunakan konsep yang sama
seperti pusingan pertama, ‘Raise Hand’ digunapakai dan aktiviti ini dapat
melahirkan rasa cinta dan sayang akan karya seni tanah air.
Di pusingan terakhir, para peserta perlu
bermain “Charade” bersama pasangannya. Mereka perlu meneka perkataan-perkataan
seperti Perdana Menteri ke-5, bunga raya dan sebagainya. Ini dapat memupuk
kreativiti dalam kalangan peserta.
Sebelum bersurai, terdapat slot Persembahan
Puisi yang disampaikan oleh Saudara Hanif Naim, penulis buku Warkah Belukar.
Sajak yang disampaikan umphhh sangat mempesona.
Alhamdulillah semua peserta bersaing secara
sihat, dan pasangan Mcgonagalls (Alep dan Sabel) telah dinobatkan sebagai juara
Uwu Congrats! Ucapan penghargaan
diucapkan kepada semua peserta dan penonton yang sanggup meluangkan masa
bersama kami. Tidak lupa juga Rakan-Rakan Media; SUKSIS, QYC, PY, WAWASAN dan
GEMILANG kerana membantu untuk mempromosikan program ini.
Tidak lupa juga kepada tulang belakang di
sebalik program ini iaitu barisan komiti yang sangat komited dan Function teroxxx. Aminoul, Aida, Zaim,
Hazim, Amzar, Dayah, Aina, Irfan, Hannan dan Maichan, thanks a lottt and may
Allah bless all of you <3
Ulasan
Catat Ulasan