SQUIDWORD, MICROSOFT WORD WORKSHOP
Assalamualaikum dan hai semua ! Alhamdulillah bertemu lagi
kita dalam satu lagi program yang telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu
SquidWord! Pada tanggal 19 Disember 2021, STUFF IIUM telah mengadakan sebuah
program secara virtual yang dinamakan SquidWord. Nama yang sungguh unik ini
bukanlah daripada watak animasi Spongebob ya malah ia merupakan akronim kepada
Students’ Questions in Discovering Word. Sungguh kreatif bukan? Untuk makluman
semua, program ini merupakan sebuah bengkel untuk mengasah pengetahuan dan
kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word dan ia terbuka kepada semua pelajar
IIUM serta orang awam. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar
yang sedia maklum banyak menggunakan Microsoft Word untuk melakukan segala
tugasan. Untuk program ini, STUFF telah menjemput seorang speaker luar yang
mahir dalam Microsoft Word dan merupakan seorang ‘Twitterfamous’ iaitu En.
Fakhrullah Samerin. Tidak lupa juga kepada Emcee kita pada hari kejadian yang
fasih berbicara iaitu Sr Siti Nabilah.
(speaker
SquidWord)
(Emcee
SquidWord)
Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Emcee dan
pengenalan kepada speaker kita. Setelah itu, program diteruskan dengan slot
yang pertama iaitu pengasahan dalam kemahiran asas Microsoft Word. Dalam slot
ini, speaker menunjukkan fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam Word dan cara
menggunakannya dengan lebih efisien. Sebagai contoh, cara untuk copy paste,
format painter dan penggunaan page dan section break yang ramai tidak ketahui.
Program diteruskan lagi dengan slot yang kedua setelah selesai berehat selama 10 minit. Slot 2 ini mendedahkan lebih banyak fungsi Microsoft Word di mana para peserta boleh menggunakan dalam tugasan mereka untuk menjimatkan masa dan nampak lebih profesional. Contohnya, penggunaan caption dan juga equation. Selesai slot 2, program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Emcee, bacaan doa rabithah dan sesi bergambar.
(slot 2:
Microsoft Word Intermediate)
(sesi
bergambar bersama peserta)
Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan
jayanya walaupun terdapat sedikit masalah teknikal pada permulaan program yang
tidak dapat dielakkan. Namun demikian, ahli komiti telah bertungkus lumus
menyelesaikan segala masalah dan Alhamdulillah segalanya dalam kawalan dan
program dapat berjalan dengan lancar. Di sini, kami ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada speaker yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan juga kepada
para peserta kerana memahami kesulitan yang berlaku pada permulaan program.
Diharap semua peserta dapat menambah ilmu yang baharu daripada program ini.
Tidak lupa juga kepada barisan komiti yang telah bersungguh-sungguh menjayakan
SquidWord dan komitmen oleh setiap komiti amatlah dihargai. Sekian, terima
kasih.
(ahli
komiti SquidWord)
Disediakan
oleh,
FATIN
FARHANA BINTI YUSRI
(SECRETARY
1, SQUIDWORD: MICROSOFT WORD WORKSHOP)
Ulasan
Catat Ulasan