STUFF MOVIE SCREENING

STUFF MOVIE SCREENING  



    Bismillahirrahmanirrahim. Haiii Assalamualaikum semuaa. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menziarahi blog kelab stuff ini hehe, jadi untuk posting yang berjudul Stuff Movie Screening kali ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang program ini. Pada tanggal 28 Ogos 2021, Kelab Student Facilitating Front (STUFF), IIUM telah menganjurkan sebuah program iaitu STUFF Movie Screening (SMS) buat pertama kali. Tujuan utama program ini diadakan ini adalah untuk memperkukuhkan 'ukhwah' atau ikatan di antara ahli kelab walaupun semasa pandemik COVID-19. Tambahan pula, pada masa yang mencabar ini kami percaya pelajar atau lebih spesifiknya ahli kelab mungkin mengalami tekanan, kegelisahan, ketakutan, kesedihan, dan kesunyian. Oleh itu, program ini adalah tunjang untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik dengan membina hubungan yang erat antara semua ahli STUFF secara maya.

Seperti umum mengetahui, aktiviti berkumpul beramai ramai tidak dibenarkan dan panggung wayang juga ditutup pada waktu pandemik ini bagi membantu untuk memutuskan rantaian virus COVID-19. Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa tertinggi STUFF merancang program ini sebagai satu inisiatif untuk menonton movie secara beramai ramai melalui aplikasi Google Meet.




Figure 1 Salah satu scene movie 'Fractured'



Figure 2 Antara scene movie 'Fractured'

Program ini berlangsung selama 2 jam dimana terdapat dua slot yang diadakan. Slot pertama adalah tayangan movie yang berjudul ‘Fractured’. Movie ini mula ditayangkan pada pada 11 Oktober 2019, oleh Netflix. ‘Fractured’ adalah movie psikologi Amerika thriller yang diarahkan oleh Brad Anderson dan dibintangi Sam Worthington, Lily Rabe, Lucy Capri dan ramai lagi pelakon yang hebat. Genre movie ini adalah misteri dan thriller. Tanyangan movie ini berlansung selama 1 jam 40 minit.



Figure 3 Soalan kuiz 'kahoot'

 

Program seterusnya diteruskan dengan slot yang kedua, iaitu kuiz ‘kahoot’ yang berkaitan dengan movie yang telah ditayangkan. Semua peserta perlu menjawab soalan soalan yang telah disediakan oleh pihak komiti program ini dalam masa 30 saat bagi setiap soalan. Sebab utama slot ini diadakan adalah untuk menguji tahap kepekaan peserta semasa menonton movie.



Figure 4 Pemenang slot kuiz 'kahoot'

Figure 5 Happy betul pemenang pertama kita ni hehe

Tambahan pula, para pemenang untuk slot kuiz ‘kahoot’ juga dihadiahkan dengan wang ringgit yang lumayan. Siapa yang tak suka bila dapat hadiah kan? Hehehe diharapkan hadiah wang ini dapat meringankan sedikit beban para pemenang 😊 Tahniah kepada semua pemenang.

Dengan itu, saya Alifah Ilyana selaku Pengurus Program, ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada barisan komiti yang terlibat bagi menjayakan STUFF Movie Screening walaupun terdapat banyak rintangan dan cabaran. Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada semua ahli-ahli STUFF yang hadir untuk meriahkan program ini. Semoga kita berjumpa lagi di program yang lain. Byeee assalamualaikum.

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA