PROGRAM SEKOLAH: ENGLISH LAB SK SRI KIAMBANG
PROGRAM SEKOLAH: ENGLISH LAB SK SRI KIAMBANG
-13 November 2021
Pada tanggal 13
November 2021, STUFF IIUM telah
mengadakan sebuah program sekolah secara
virtual yang diberi nama English Lab bersama SK Sri Kiambang. Untuk
makluman, ini merupakan program sekolah virtual
yang pertama diadakan sepanjang penubuhan kelab ini. Hal ini demikian kerana,
gejala COVID-19 yang telah melanda negara kita menjadi kekangan pihak penganjur
untuk mengadakan program sekolah seperti biasa iaitu dengan berkunjung ke
sekolah dan membuat aktiviti secara bersemuka. Oleh yang demikian, program ini
telah dianjurkan dengan menggunakan aplikasi Google Meet serta memanfaatkan segala teknologi yang ada bagi
memastikan semua objektif program ini tercapai. Program ini telah melibatkan
seramai 20 orang komiti yang terdiri daripada barisan jawatan tertinggi STUFF
IIUM 2021. Selain itu, sebanyak 70 orang murid darjah 4, 5 & 6 dari SK Seri
Kiambang telah terlibat untuk menyertai program ini. Konsep modul untuk program
ini ialah kata sendi nama.
Objektif program:
1)
Untuk memberi
pendedahan kepada murid tentang fungsi kata sendi nama (prepositions) dengan
mudah.
2)
Untuk
meningkatkan kebolehan murid dalam menggunakan kata sendi nama (prepositions)
yang betul.
3)
Untuk memupuk
keyakinan dalam bertutur menggunakan Bahasa Inggeris dalam diri murid.
4)
Untuk memberi
kesedaran kepada murid tentang kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris.
5)
Untuk
menerapkan minat pelajar mempelajari pelbagai bahasa walaupun hanya dengan
duduk di rumah.
Program ini
dimulakan dengan acara Ice Breaking diikuti
dengan tiga modul utama yang berkonsepkan kata sendi nama.
Seterusnya, program
ini diteruskan lagi dengan module pertama iaitu Prepotastic yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar
tentang konsep kata sendi nama (prepositions) dan penggunaannya dalam ayat.
Modul akan dimulakan dengan modulator bertanya mengenai pengetahuan awal para
pelajar tentang kata sendi nama. Kemudian, modulator akan memberi penerangan
tentang konsep kata sendi nama. Modulator seterusnya menyambung dengan
membentangkan Google Slides yang
memaparkan contoh-contoh kata sendi nama untuk tiga kategori iaitu tempat, masa
dan arah beserta satu contoh ringkas penggunaannya dalam ayat.
Kak Aida sedang menerangkan antara kategori prepositions kepada murid-murid
Adik Darwisya sedang menjawab soalan yang diajukan oleh
Abang Khairul
Modul terakhir
untuk program English Lab ini ialah Sentence
Structure yang bertujuan untuk
menguji kebolehan murid-murid untuk membina ayat yang sesuai dengan kata
arah yang diberikan. Murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan menggunakan breakout room bagi memudahkan para
fasilitator untuk menyemak jawapan yang diberikan oleh para murid. Di akhir
modul ini, ia dapat memberikan kefahaman yang mendalam terhadap
perbezaan kategori kata arah walaupun dengan kata arah yang sama.
Situasi di dalam breakout room semasa modul ketiga dijalankan
Di samping itu,
lima orang peserta terbaik telah dipilih untuk diberikan hadiah dari pihak
penganjur.
Salah seorang peserta terbaik English Lab
Barisan fasilitator dan para peserta English Lab
Kesimpulannya,
program English Lab ini telah berjalan dengan jayanya tanpa sebarang masalah
yang timbul. Kami berharap segala ilmu yang telah dikongsikan oleh para
fasilitator dapat memberi manfaat kepada adik-adik dari SK Sri Kiambang bagi
membantu mereka untuk lebih memahami kata sendi nama. Saya mewakili barisan
komiti merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak sekolah dan para
komiti yang terlibat bagi menjayakan program ini. Saya berharap program
sebegini boleh diadakan lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan