STUFF UKHUWAH AND INDUCTION TRAINING (SUIT) SEM 1 19/20

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,


      Pada 18 Oktober 2019 yang lalu, Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan satu program yang diberi nama sebagai STUFF Ukhuwah and Induction Training (SUIT). SUIT merupakan program pertama yang akan diadakan pada setiap semester untuk memberikan pendedahan awal mengenai kelab ini. SUIT juga bertujuan untuk memberikan latihan pertama kepada ahli-ahli baharu bagi mengasah kemahiran memimpin dan juga kemahiran mereka sebagai fasilitator.

Objektif utama program SUIT ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kelab ini kepada ahli-ahli baharu. Bukan itu sahaja, program ini juga merupakan tradisi kelab kami sejak turun temurun bagi mempertajam kemahairan-kemahiran kepemimpinan yang sedia ada dalam diri setiap manusia. Selain itu, STUFF melalui program SUIT dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berani untuk ke hadapan di samping merialisasikan misi UIAM, iaitu mempromosikan integrasi pengetahuan dalam kalangan pelajar. Akhir sekali, tujuan SUIT diadakan adalah untuk memperkukuh ukhuwah antara ahli lama dan juga ahli baharu dalam kelab ini.

Para peserta SUIT
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program SUIT termasuklah ice breaking, energizer dan explorace. Manakala, permainan-permainan yang dipilih untuk dimainkan semasa explorace bertemakan tradisional. Oleh itu, antara permainan yang dijalankan ialah teng-teng, batok, boling padang, tuju selipar, lompat tali, dan tarik upih. Walau bagaimanapun, kesemua permainan tradisional ini telah ditambah baik agar ia menjadi satu permainan yang lebih mencabar dan menyeronokkan. Hampir kesemua permainan bermotifkan pemikiran secara kreatif dan menguji pengetahuan am mereka. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara pasukan dalam kalangan peserta.

Tuju Selipar



        Sebagai penutup, program SUIT ini telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Program ini juga telah berjaya merapatkan ukhuwah di antara komiti yang terlibat bagi menjayakan program ini dengan peserta-peserta yang mengambil bahagian sepanjang program ini berlangsung. Tidak lupa juga, kami mengharapkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari daripada program ini dapat diguna pakai dalam menjayakan program-program lain juga. TERIMA KASIH

BARISAN KOMITI SUIT SEM1 19/20

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA