Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,
Program Bermalam di Muzim Tekstil ini
merupakan program kolabrasi bersama STUFF IIUM dan pihak muzium tekstil yang dijalankan
pada 30 hingga 31 Ogos 2019 sempena sambutan hari kemerdekaan. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada
mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun dari berlainan sekolah. Objektif bagi
program 2 hari 1 malam ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan
mendalami erti kemerdekaan dalam diri masing-masing. Sebelum memulakan modul,
kami melakukan aktiviti ‘ice-breaking’ terlebih dahulu untuk mengenali peserta
lain dengan lebih rapat dan mewujudkan hubungan yang mesra antara peserta dan
fasilitator.
|
ICE BREAKING : Ohsem extreme |
Modul pertama yang dijalankan ialah modul Paku
Ajaib. Modul ini berdurasi selama 35 minit dan perlu dilakukan dalam kumpulan. Setiap
kumpulan akan diberikan 13 paku dan perlu mendirikan 12 paku hanya di atas 1
paku. Jika berjaya, mereka perlu menunjukannya kepada ketua fasi. Proses ini
akan berulang kerana fasilitator yang lain akan cuba untuk menggagalkan usaha
peserta-peserta. Ibrah daripada modul ini ialah murid-murid perlu bersatu padu
dalam menyelesaikan masalah dan jangan pentingkan diri sendiri untuk mencapai suatu
matlamat. Dalam konteks kemerdekaan, rakyat Malaysia bersatu padu untuk mendapatkan
kebebasan di Tanah Melayu dari anasir-anasir luar.
|
Para Pelajar Mendengar Penerangan Modul Daripada Chief Fasilitator |
Modul seterusnya ialah Explo-merdeka. Modul
ini dijalankan pada waktu malam selama 1 jam 30 minit. Modul ini mempunyai 11 tempat
pemeriksaan di mana fasilitator yang bertugas memberikan informasi tentang
merdeka kepada para peserta di setiap tempat pemeriksaan. Antara informasi yang
kami dapat selitkan ialah berkenaan Tok Janggut, Mat Salleh, Siti Rahmah,
Dokumen Pemahsyuran Kemerdekaan, dan maksud warna Jalur Gemilang. Kami bukan
sahaja memberikan pendedahaan tentang tokoh-tokoh melayu, malah kami juga
mengaitkan dengan isu-isu semasa dalam aktiviti ini.
Penglibatan seramai 80 pelajar, 10 staf
muzium, dan 16 fasilitator IIUM ini telah berjaya menjayakan program kolabrasi
ini. Kami juga dapat maklum balas yang positif dari pihak muzium dan
cikgu-cikgu tentang pembawakan modul yang baik dan kemesraan antara peserta dan
fasilitator. Saya berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada tahun
depan.
|
Gambar Kenang-kenangan Barisan Fasilitator Bersama Advisor STUFF , Madam Ros
|
|
THANK YOU SEMUA.... |
Ulasan
Catat Ulasan