BOOTH STUFF SEM 1 19/20
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,
Booth
STUFF merupakan program yang dijalankan setiap sem bagi mengajak lagi ramai
ahli baru untuk menyertai STUFF serta bagi ahli lama untuk memperbaharui
keahlian mereka. Booth ini ditempatkan di ITD Foyer berdekatan masjid yang
telah berlangsung selama 3 hari bermula 15 Oktober 2019 hingga 17 Oktober 2019.
Tema pada kali ini ialah Aloha, yang memaparkan ciri-ciri Hawaii.
Booth STUFF selalunya dibuka bermula
jam 9 pagi sehingga 5 petang sepanjang 3 hari tersebut. Booth dibuka dengan
ketibaan barisan komiti Booth untuk persiapan booth. Para komiti mengambil
inisiatif secara bergilir-gilir untuk hadir menjaga booth supaya tidak
mengganggu waktu kelas. Ahli komiti telah menyediakan flyer bagi diedarkan
kepada sesiapa sahaja yang berjalan di kawasan booth. Selain itu, para komiti sedaya
upaya menarik minat pelajar lain dengan menceritakan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh STUFF.
Komiti sedang memberi penerangan
Suasana
pada hari pertama sedikit menghampakan kerana penglibatan ahli baru tidak
mencapai paras yang para komiti tetapkan. Namun begitu, hari-hari berikutnya,
para komiti bekerja keras mengeluarkan segala daya upaya dan hasilnya amat
memberangsangkan. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami dapat menarik ramai
ahli baru kedalam STUFF.
Para komiti dapat melakukan kerja
dengan bagus kerana hubungan sesama mereka sangat akrab. Para komiti sentiasa
bergurau senda, bergelak ketawa walaupun penat dengan kelas. Begitu juga
hubungan antara komiti dengan barisan pengurusan utama STUFF. Hubungan yang
nampak jauh dapat dirapatkan dengan sikap terbuka semua orang. Terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung menjayakan
Booth STUFF pada semester ini.
Ahli komiti STUFF bersama Mainboard STUFF IIUM 18/19
Ulasan
Catat Ulasan