Program Lawatan Sambil Belajar dan Seminar Kecemerlangan Murid TAHUN 6 Negeri Melaka di IIUM GOMBAK “Journey to Excellence” (19 -21 April 2019)

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,

 Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan alam kehidupan di kampus universiti sekaligus memberi impak semangat kepada mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada murid agar lebih peka dengan kemajuan yang telah dikecapi oleh negara Malaysia. Seterusnya, program ini dilaksanakan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik disamping dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang betapa pentingya kecemerlangan diri agar dapat seiring dengan kemajuan negara. 

Ketibaan para pelajar daripada Melaka.

Program bermula selepas solat Jumaat di mana para pelajar telah di arahkan untuk berkumpul di Engine Colosseum. Modul pertama yang dijalankan adalah pembentukan kumpulan di mana setiap para pelajar seramai 85 orang akan diberikan sebiji gula-gula yang berlainan perisa (5 perisa) oleh fasilitator. Lima perisa yang berbeza adalah sebagai simbolik lima buah kumpulan. Para pelajar dilarang untuk menunjukkan gula-gula yang mereka dapat kepada sahabat yang lain. Selain itu, mereka juga diarahkan agar tidak menukar gula-gula tersebut dan memakannya lagi. Selepas itu, para pelajar diarahkan untuk mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan perisa gula-gula yang mereka peroleh. 


Sesi pengenalan diri bersama para fasilitator

Selepas mereka berada dalam kumpulan masing-masing, mereka dikehendaki untuk memperkenalkan diri antara satu sama lain dan kemudia para pelajar diarahkan untuk menulis ‘first impression’ atau tanggapan pertama mereka terhadap setiap ahli kumpulan. Setiap pelajar diberi sehelai kertas dan melipatnya kepada dua bahagian. Setelah selesai, mereka perlu menulis nama di bahagian atas kertas dan memberi kertas itu kepada orang di sebelahnya di mana mereka perlu menulis tanggapan pertama mereka terhadap pemilik kertas tersebut. Masa yang diberikan adalah sebanyak 17 minit dan ibrah daripada modul ini adalah untuk mendidik para pelajar bahawa tidak semestinya tanggapan pertama kita terhadap orang lain adalah betul dan kita tidak boleh hanya menilai seseorang itu daripada luarannya sahaja. 

Para pelajar berada di dalam kumpulan bersama fasilitator.
Pada malam harinya, selepas solat maghrib secara berjemaah, para pelajar disajikan dengan sesi tazkirah untuk mengisi kerohanian diri mereka. Selepas itu mereka mendirikan solat isyak secara berjemaah dan kembali ke Engine Colosseum untuk bermain modul yang seterusnya yang diberi nama Telefon Buruk. Terdapat tiga ayat yang telah disediakan oleh Ketua Fasilititor. Setiap ahli kumpulan akan menyampaikan apa yang mereka peroleh daripada orang yang berdiri dihadapan dan sebelum mereka, Ayat yang kedua akan diberikan kepada pelajar apabila ayat yang pertama telah sampai kepada kepada ahli yang kelima. Daripada aktiviti ini, kita dapat lihat betapa pentingnya cara sesebuah maklumat itu untuk disampaikan. Ini kerana, jika orang salah dalam menyampaikan maklumat, orang lain akan terkena tempiasnya dan itu hanya akan menjadikan keadaan lebih buruk di samping orang hidup dengan maklumat yang tidak tepat. 

Sesi tazkirah selapas maghrib.
Akhir kalam, saya berharap agar program yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini dapat memberi kesan terhadap semua terutamanya para pelajar yang terlibat agar dapat menyuntik semangat mereka untuk membuat yang terbaik di dalam peperiksaan UPSR yang akan kunjung tiba. Selain itu, para komiti yang terlibat juga dinasihatkan agar dapat mengekalkan momentum kerja yang baik di dalam program di masa akan datang. Sekian terima kasih. J
Para komiti yang terlibat dalam menjayakan program.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA