KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020
Objektif :
- Memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa pentingnya memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin sekolah.
- Memupuk rasa percaya pada diri sendiri, kebolehan dan keistimewaan diri dalam menempuh cabaran sebagai pengawas dan pemimpin di sekolah.
- Memupuk sifat kepimpinan yang terdapat di dalam Sirah Nabawiyah ke dalam hati murid-murid.
- Membentuk semangat, motivasi dan keazaman murid Tahun 6 bagi menghadapi UPSR.
Pada tarikh 14 Februari 2020 hingga 16
Februari 2020 , telah berlangsung
program sekolah selama 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Parit Melana.
Program ini melibatkan seramai 22 orang mahasiswa UIAM yang juga merupakan ahli
jawatankuasa tertinggi STUFF sebagai fasilitator kepada 181 orang pelajar.
Modul
pertama yang ialah ‘TANGKAP JANGAN TAK TANGKAP’
dan modul ini berjalan dalam anggaran masa selama 40 minit dan setiap kumpulan
diberikan kertas dan pen untuk setiap peserta dan juga sebiji bola. Peserta
diarahkan untuk menulis biodata diri dalam kertas tersebut. Kemudian peserta
diarahkan untuk berdiri di dalam bulatan dan kertas yang ditulis biodata diri
dikutip dan dikumpulkan di tengah-tengah bulatan.Seorang fasi akan membaling
secara rawak bola kepada sesiapa yang ada dalam bulatan sambil menyebut nama
peserta yang dituju terlebih dahulu.
Peserta yang mendapat bola perlu baling bola kepada peserta lain sambil
menyebut nama orang yang dituju terlebih dahulu dengan syarat :-
• Tidak memegang bola lebih daripada 3 saat
• Tidak dibenarkan baling kepada orang yang sama berulang kali
• Tidak dibenarkan baling kepada 3 jiran kiri dan kanan
• Sebutan nama hendaklah jelas
Peserta yang kalah dikenakan denda,iaitu :-
• Peserta yang kalah perlu ambil satu kertas ditengah (random) dan meneka
siapa pemilik kertas.
• Kalau tekaan betul, peserta dibenarkan main bola semula dan denda jika
tekaan salah .
Denda: peserta perlu membuat aksi haiwan mengikut kreativiti fasi kumpulan
,sehingga ahli kumpulan berjaya meneka aksi tersebut dalam 10 saat. Kemudian
peserta dibenarkan masuk ke dalam bulatan semula .
Objektif modul ni adalah untuk menunjukkan bahawa saling mengenali antara
ahli persatuan sangat penting untuk bekerjasama di masa akan datang.
Modul seterusnya ialah “LEADER
AND IT’S FOLLOWERS UNITE!”. Setiap kumpulan akan diberikan seutas tali rafia
dan setiap peserta akan mendapat kain penutup mata kecuali ketua kumpulan
sahaja. Peserta dikehendaki untuk memegang seutas tali bersama-sama dengan ahli
kumpulan.Mereka kemudian dikehendaki untuk memikirkan strategi membentuk tali
rafia yang diberikan oleh fasi menjadi bentuk yang ditentukan oleh fasi. Semua
peserta dikehendaki untuk menutup mata mereka dengan kain penutup mata kecuali
seorang peserta iaitu ketua kumpulan yang akan memberi arahan kepada ahli
kumpulan untuk membentuk tali tersebut. Ketua kumpulan hendaklah memberi arahan
kepada rakan-rakan yang lain supaya menggerakkan tangan mereka ke arah yang
sepatutnya sehingga terhasilnya bentuk yang diminta oleh fasi. Peserta perlulah
membentuk tali rafia tersebut dalam lingkungan masa yang diberikan. Nilai yang
dapat disampaikan melalui modul ini adalah arahan yang jelas daripada ketua
sangat penting untuk menghasilkan sesuatu kerja atau bentuk yang dihendaki.
Modul yang ketiga ialah
‘LAJU KE ?’ yang menguji kepantasan berfikir dan tahap tumpuan peserta. Peserta
dikehendaki duduk di dalam satu bulatan besar. Trainer akan memilih secara
rawak peserta pertama sebagai ‘starting point’. Satu tema akan diberikan,
sebagai contoh buah-buahan. Setiap peserta dikehendaki menyebut satu nama
buah-buahan secara pantas dan tidak berulang. Peserta yang mengambil masa atau
menyebut perkataan berulang akan dikira kalah. Modul ini mengajar peserta
bahawa dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi, kita seharusnya memberi
seratus peratus tumpuan dan komitmen
Modul keempat ialah ‘BOTTLE
AEROSPACE’. Modul ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan peralatan
yang diperlukan adalah botol mineral kosong, cawan plastik, tali raffia, air, baldi, span. Peserta diminta untuk mengisikan air ke dalam botol kosong
menggunakan span sehingga separuh botol mengikut tanda aras yang telah
ditetapkan. Gunakan tali rafia untuk diikatkan pada botol mengikut kreativiti
setiap ahli. Setiap ahli kecuali ketua perlu memegang tali rafia dan tarik tali
rafia sehingga botol terangkat. Botol tersebut tidak boleh menyentuh
tanah/lantai apabila sudah terangkat. Ketua perlu memberi arahan kepada ahli
kumpulan untuk membawa botol tersebut ke arah cawan plastik yang telah
ditetapkan oleh fasi. Ketua memberi arahan kepada ahli untuk mengerakkan tali
sehingga air dapat dituang ke dalam cawan. Kumpulan yang berjaya mempunyai bilangan cawan yang paling banyak
mengikut masa yang ditetapkan dikira pemenang. Modul ini memupuk peserta agar bekerjasama
antara satu sama lain dan patuh arahan pemimpin agar matlamat dapat dicapai.
Modul
terakhir yang kami laksanakan ialah EXPLORACE yang berdurasi 2 jam. Explorace
ini bertujuan untuk memupuk semangat sepasukan dalam kumpulan dan memberi
peluang kepada peserta memahami tugas sebagai ketua dengan cara yang seronok. Jumlah
checkpoint yang dibuat adalah sebanyak 9 checkpoint (9 kumpulan). Terdapat
mini games yang berkaitan dengan tema kepimpinan pada setiap checkpoint. Faci
setiap checkpoint akan diberi borang pemarkahan. Kumpulan yang dapat
menyelesaikan tugasan dengan baik dan pantas adalah pemenang. Modul ini dapat mendidik
peserta untuk bantu membantu sesama ahli dalam kumpulan dan mengajar mereka untuk
tenang bekerja dalam tekanan.
Barisan fasilitator bersama murid-murid SK Parit
Melana
|
Fasilitator STUFF
|
Gambar semasa program
Taklimat sebelum LDK
|
Ulasan
Catat Ulasan