Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,
Program Majlis Makan
Malam Tahunan STUFF 2019 (Annual Grand Dinner STUFF 2019) telah berlangsung
pada 30 April 2019, hari Selasa. Program ini dijalankan di Dewan Serbaguna,
Wadi Budi. Tema majlis makan malam pada tahun ini ialah Kisah Dongeng (fairytale).
Objektif program ini dijalankan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang
bakal menamatkan pengajian di semester ini dan semester depan. Kemudian, malam
ini dianggap sebagai malam apresiasi kepada semua yang menyumbang tenaga, idea
dan masa dalam menjayakan aktiviti dan program yang pernah dijalankan sebelum
ini.
Bukan itu sahaja, program
ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara sesama ahli biro dan antara
biro yang lain. Kemudian, anggota STUFF diberi peluang untuk menunjukkan bakat
terpendam di slot persembahan. Akhir sekali, program ini diadakan bagi memupuk
semangat kekitaan dan perasaan bangga kerana beridentiti ahli anggota STUFF.
|
Pengacara Majlis |
Program ini bermula pada pukul 7.45
malam iaitu ketibaan para tetamu yang terdiri daripada ahli semasa STUFF,
alumni dan tetamu kehormat. Tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut
ialah Dr Rosaniza, penasihat kelab, Encik Subki dan Dr Wira, yang merupakan
kakitangan ‘Student Affairs and Development Division (STADD)’. Pengacara majlis
memulakan majlis secara rasminya tepat jam 8.40 malam dengan ungkapan
alu-aluan. Kemudian, majlis diikuti dengan ucapan daripada presiden kelab,
saudara Ahmad Ameer Wafiq Bin Nordin dan seterusnya sesi menjamu selera. Para
tetamu turut disajikan dengan persembahan multimedia dan diikuti persembahan
daripada semua biro. Sesi persembahan juga diselitkan dengan acara cabutan
bertuah. Sepuluh nombor bertuah telah terpilih dan memenangi hadiah secara
rawak.
|
Slot Persembahan |
Demi merealisasikan
objektif jamuan makan malam ini, acara diteruskan dengan sesi penyampaian sijil
kepada para pelajar yang bakal menamatkan pengajian di semester ini dan semester hadapan. Kemudian, majlis diteruskan
dengan sesi penyampaian anugerah busana terbaik kategori lelaki dan wanita,
diikuti anugerah persembahan terbaik. Majlis tamat pada jam 11 malam yang
diakhiri dengan sesi fotografi kepada semua biro. Antara ibrah yang dapat
diperolehi daripada program secara keseluruhannya ialah mengeratkan hubungan silaturrahim
sesama ahli kelab. Melalui sesi menjamu selera, para tetamu dapat bertukar cerita
dan mengenali lebih mendalam ahli-ahli meskipun ada yang telah berkenal lama. Kemudian,
melalui slot persembahan, para tetamu yang membuat persembahan dapat mengasah
keyakinan diri untuk menampilkan bakat sedia di samping meraikan para tetamu yang
menonton.
|
Tetamu Menjamah Hidangan |
Secara keseluruhannya,
saya selaku Pengarah Program berharap agar majlis makan malam ini diteruskan
pada tahun akan datang. Program ini sangat penting untuk kita menghargai segala
pengorbanan dan sumbangan yang telah ditabur oleh ahli STUFF sendiri. Melalui
slot-slot yang diadakan, para tetamu dapat mengikat ukhwah dengan lebih erat di
samping menikmati juadah dan persembahan yang disajikan. Akhir sekali,
moga-moga, Majlis Makan Malam Tahunan STUFF 2019 ini menjadi memori indah kepada
tetamu dan barisan tenaga kerja yang terlibat.
Terima kasih atas jemputannya, really enjoyed the event.
BalasPadam