Kem Kecemerlangan dan Sahsiah Diri SK SEKSYEN 6 Kota Damansara (26-28 April 2019)
Bismillahirrahmanirrahim
dan Assalamualaikum,
Terdapat tiga LDK dan
satu Explorace yang dijalankan iaitu LDK
1, yang diberi nama “Gambar Ingatan”. Seorang wakil kumpulan bagi setiap
kumpulan datang ke depan untuk ingat lukisan dari ketua fasi. Kemudian, dia
ditugaskan untuk melukis dan mewarna semula lukisan yang diberikan berdasarkan
apa yang dilihat. Wakil seterusnya akan melakukan arahan pertama dan menyambung
lukisan yang dilukis dan diwarna oleh orang sebelumnya. Ibrah yang boleh
didapati dalam LDK ini ialah ia dapat mengasah daya ingatan dengan teknik yang
betul dan hafalan perlulah dilakukan berulang-ulang kali bagi memastikan
ketepatan sesuatu maklumat.
Checkpoint yang pertama
terdapat tiga pusingan dimana setiap pelajar perlu meletakkan kain dipetak dan
menyusun satu garisan lurus dalam petak tersebut. Kumpulan yang dapat
melengkapkan 4 kain dalam satu barisan merupakan pemenang. Ibrah yang boleh
didapati ialah kepekaan dan kecekapan berfikir dipraktikan dalam perlawanan dan
para pelajar hendaklah bijak menyusun strategi yang terbaik sebelum perlawanan
seperti mana bijaknya Rasulullah memimpin tentera Islam dalam peperangan.
Objektif kem ini untuk
ialah untuk memberi motivasi kepada pelajar- pelajar tahun 6 agar mereka
belajar bersungguh- sungguh serta untuk membentuk sahsiah mereka ke arah lebih
baik dan bermoral.
Sepanjang tiga hari dua
malam di sekolah tersebut, kami telah menyediakan beberapa modul untuk
adik-adik. Setibanya disana setelah memperkenalkan kesemua fasilitator, kami
melakukan ice breaking. Ice breaking tersebut diberi nama 3 operasi, iaitu
operasi unite dimana adik-adik perlu membuat barisan yang terbahagi kepada
lelaki dan perempuan, operasi divide, adik-adik perlu mencari pasangan dan
letakkan kepala sambil berpeganggan tangan, akhir sekali, operasi fall, dimana
adik- adik perlu badan mereka kena pada lantai. Kemudian, pembahagian kumpulan
dengan cara bahagi kumpulan mengikut 15 jenis gula-gula.
Para Fasilitator Bergambar Sebelum Bertolak Ke SKS6 Kota Damansara |
LDK 2, yang dilaksanakan
ialah “Kereta Impian”. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 1 botol, 2 penutup
botol, satu lidi, straw dan satu belon. Setiap kumpulan diminta membina kereta
dengan alatan atau bahan yang disediakan dalam masa 45 minit. Kumpulan diminta
menamakan kereta yang dibina dan menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan
berdasarkan ketahanan, keunikan dan kehebatan jarak. Ibrah yang boleh didapati ialah ia dapat meningkatkan kemahiran pemikiran kreatif dan krits serta
mewujudkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.
Kemudian, kami
mengadakan “Explorace” disebelah petang. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghabiskan
7 checkpoint dan setiap checkpoint akan diberikan soalan-soalan upsr. Setiap
kumpulan perlu membawa jawapan yang dijawab di setiap checkpoint kepada ketua
fasilitator. Jumlah jawapan yang betul dan kepantasan dalam melengkapkan
ketujuh-tujuh chechpoint akan dikira pemenangnya.Gambar Kenang Kenangan Bersama Para Fasilitator |
Manakala checkpoint
kedua, diberi nama kacang yang sabar.
Adik- adik perlulah menjawab soalan sains sebelum bermain permainan tersebut.
Mereka bermain dengan cara, setiap individu dalam kumpulan perlu untuk mengisi
mangkuk yang kosong itu dengan kacang, dan kacang itu mestilah diangkat
menggunakan chopstick dalam masa yang ditetapkan. Ibrahnya ialah, dalam dunia
yang penuh dengan cabaran dan pancaroba, nilai kesabaran dalam menghadapi
masalah adalah amat diperlukan. Sebesar mana pun masalah yang dihadapi, lalui
dengan tabah, gigih dan sabar.
Seterusnya, checkpoint
ketiga ialah “Tarikan Kasih” dimana Setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali
masing-masing pada botol tersebut dan mereka semua wajib untuk memegang tali
yang diikat pada marker dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan menulis
slogan “6A UPSR”. Ibrah daripada checkpoint ini ialah usaha ialah tangga
kejayaan dan mereka perlu berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat.
Checkpoint yang keempat
ialah menara tin. Pelajar tahun 6 perlu membawa tin dengan hanya menggunakan
lidi spaghetti secara berpasangan. Ini dapat, melatih sikap tidak putus asa
dalam mencapai matlamat dan dapat memupuk semangat kerjasama antara mereka. Sudu
terbang merupakan nama untuk checkpoint kelima. Adik- adik perlu menggunakan
dua sudu yang disusun dalam satu barisan dan ekor sudu hendaklah bertindih
dengan kepala sudu yang lain. Mereka perlu untuk masukkan sudu ke dalam cawan
yang telah disusun oleh fasilitator. Ibrah yang boleh diperolehi ialah dapat
memupuk rasa sabar dalam diri dan terus berusaha sehingga mencapai matlamat.
Checkpoint
yang seterusnya ialah jambatan rapuh, dimana setiap kumpulan perlu mmemasukkan
bola kedalam cawan di tempat yang telah ditetapkan dengan membina jambatan
menggunakan tali rafia. Ini untuk melatih diri mereka untuk menjadi kreatif dan
kritis. Checkpoint yang
terakhir, adik- adik perlu meniup bola pingpong dari satu cawan yang berisi air
ke cawan yang lain sehingga hujung barisan. Ibrah yang boleh kita dapat ialah kita
perlu mencari teknik yang berkesan dalam mencapai sesuatu sasaran.
Setelah solat isya’,
diteruskan dengan LDK terakhir iaitu “Bola Matlamat”. Setiap pelajar akan
diberikan sehelai kertas A4. Pelajar dikehendaki menulis nama penuh dan
matlamat di dalam kertas tersebut. Seterusnya, setiap kumpulan akan diberikan
gunting dan tali rafia. Setiap kumpulan dikehendaki membina sebji bola yang
paling besar dan bersaing dengan kumpulan lain. Seterusnya ketua fasi akan
mengarahkan setiap kumpulan menggantungkan bola tersebut setinggi yang mungkin
sebagai tanda sebuah kejayaan yang bakal dicapai.
Setelah semuanya
selesai, akhir sekali, bagi membuktikan bahawa semua peserta sanggup berjuang
untuk mencapai kecemerlangan, ketua fasi akan mengarahkan setiap kumpulan untuk
mengambil bola tersebut tanpa menggunakan sebarang alat melainkan badan
sendiri. Kumpulan yang berjaya akan melaungkan 6A sekuat hati (cth arahan fasi:
bila berjaya anda perlu menjerit). Matlamat adalah untuk melihat mereka
bersama-sama menjerit serentak.
Kejayaan modul ini akan tercapai bila
mereka turut menolong rakan-rakan mereka yang lain untuk mengambil bola yang
telah digantung tadi dan jeritan dilakukan serentak semua kumpulan. Ibrah untuk
Ldk ini ialah bola diumpamakan sebagai diri kita. Kitalah yang akan bertindak
untuk memenuhkan ilmu di dada, belajar selagi termampu dan bersedia dengan
pelbagai kemahiran serta pengalaman. Umpama bermula dari sebji benih hinggalah
terbentuknya sebuah pokok yang besar dan subur yang penuh dengan buah yang enak
dan bunga yang cantik. Manakala, menggantungkan bola tersebut adalah sebagai
meletakkan matlamat di tempat yang paling tinggi yang mana matlamat inilah yang
akan dicapai kelak. Modul ini akan memperlihatkan kerjasama dan ikatan yang
erat di kalangan adik-adik.
Pada esok hari, kami membantu
adik- adik untuk membuat persembahan di hadapan ibu bapa. Masa yang diberikan
lebih kurang 45 minit untuk 3 kumpulan yang telah digabungkan. Kemudian sebelum
kami melepaskan adik- adik, kami mengadakan sesi bersalaman bersama mereka.
Barisan Fasilitator STUFFIIUM di SKS6 Kota Damansara |
Akhir kalam, kami berharap adik- adik
dapat memperolehi ilmu dan berusaha bersungguh- sungguh untuk peperiksaan yang
akan datang. Begitu juga pada semua fasilitator diharapkan agar dapat belajar
sesuatu daripada program ini dan mempraktikkan nilai-nilai murni dalam mencapai
kejayaan.
Ulasan
Catat Ulasan