STUFF Ukhuwah and Induction Training (SUIT) semester 1, 2017/2018
Objektif utama program SUIT adalah untuk memperkenalkan sejarah dan perihal kelab kepada ahli-ahli baharu yang baru mendaftar masuk pada semester kali ini. Selain itu, SUIT dijadikan medan untuk barisan mainboard meluangkan masa dan membina hubungan akrab dengan ahli-ahli kelab. Hal ini kerana kesemua barisan mainboard turut mengambil di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berperwatakan seolah-olah ahli biasa dan baru mendaftar, barisan mainboard berjaya membuatkan para ahli baharu selesa dengan keberadaan mereka. Program ini juga dijayakan dengan cemerlang hasil pimpinan saudara Azim yang lebih mesra dengan panggilan Ajay daripada biro Energizer Module (EM) sambil dibantu saudari Aini daripada biro Discipline,Commitment and Welfare (DCW).
Sepanjang dua hari penganjurannya, para peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti berasaskan module dan objektif tertentu. SUIT dimulakan dengan aktiviti Ice Breaking dan group formation pada jumaat malam bertempat di Edu Square, Kuliyyah of Education (KOED). Aktiviti ice breaking diserikan dengan permainan musical bomb dan juga pembinaan menrara daripada straw. Permainan musical bomb saya kira sangat menyeronokkan kerana setiap kumpulan akan menyanyi sebelum menyerang pasukan lain. Tambahan pula, setiap pusingan telah ditetapkan dengan tema-tema tertentu bagi lagu yang perlu dinyanyikan. Kesudahannya, pelbagai genre lagu memenuhi ruang udara Edu square!
Hari kedua, para peserta telah berkumpul seawal jam 8 pagi di KOED untuk bersarapan sebelum memulakan permainan Explorace. Explorace yang melibatkan 5 buah checkpoint ini meliputi kawasan di sekitar International Cultural Center (ICC) sehinggalah ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dan tidak ketinggalan bangunan E0 kuliyyah of Engineering. Pelbagai permainan telah disusun dan disediakan oleh para komiti
Jam 12 tengahari, berakhirlah program SUIT semester ini dengan juara explorace digondol oleh pasukan T-rex dan diikuti Cutie Bunny serta pasukan ular berbisa. Para peserta dijamu dengan nasi lemak lebihan sarapan dan hirupan air kordial dingin, nikmat. Alhamdulillah, program kali ini berlangsung dengan lancar dan baik.
Harapannya semua ahli STUFF baik yang lama mahupun baharu mendapat input dan pengisian daripada program berdurasi 2 hari 1 malam ini. Sehingga kita berjumpa di lagi di edisi akan datang, Assalamualaikum!
Galeri gamba
Daebak
BalasPadam