Kem Jati Diri Pelajar Sar Kafa Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong

Pada tanggal 4-6 Ogos yang lalu, satu kem jati diri pelajar telah diadakan yang bertempat di Sar Kafa Integrasi Al-Mumtaz Telok Gong. Program ini merupakan sebuah program yang dianjurkan khas untuk pelajar tahun 6 di sekolah tersebut yang berjumlah hampir 50 pelajar.

Tarikh kem ini diadakan sangat hampir dengan tarikh sebenar mereka akan menghadapi dua peperiksaan penting, iaitu UPSR dan PSRA. Bagi pelajar sekolah rendah agama, ataupun kafa integrasi di negeri Selangor, mereka perlu mengambil ujian PSRA selain dari UPSR sewaktu di Tahun 6.

Antara objektif utama pihak sekolah mengadakan kem ini adalah untuk menaikkan semangat serta motivasi para pelajar untuk mereka melakukan pecutan saat akhir dengan masa yang tinggal lagi sebulan sebelum peperiksaan sebenar.

Di samping modul2 yang dijalankan oleh fasilitator, waktu-waktu yang lapang dan terluang sepanjang program diisi dengan nasihat serta pengalaman sebenar mereka untuk dijadikan teladan dan pendorong untuk para pelajar tidak berputus-asa, sebaliknya terus mencuba hingga ke saat yang terakhir.

Antara modul yang dijalankan sewaktu program, Modul 'Up Up and Away' yang bertujuan untuk menaikkan semangat adik-adik supaya tidak mudah berputus-asa dan terus berusaha walaupun gagal beberapa kali.

Manakala modul 'Race Against Time' pula menekankan kepentingan masa dan bagaimana cara untuk memanfaatkan masa yang ada. Hal ini amat penting melihat kepada situasi adik-adik yang mempunyai hanya lebih kurang sebulan sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar. Mereka perlu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyusun strategi





















Barisan fasilitator bersama adik2 



Akhir kata, semoga dengan pertemuan yang singkat ini dapat memberi kesan yang berpanjangan dan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan sama ada untuk adik2, mahu pun fasilitator sendiri. Kerana setiap hari yang dilalui dalam kehidupan kita tidak sama, pasti ada sesuatu baharu yang dapat kita pelajari dan jadikan sebagai iktibar, supaya dapat disebarkan untuk manfaat orang lain.




-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA