Bengkel Teknik Belajar SMK Sungai Kertas

Bengkel Teknik Belajar merupakan sebuah program yang telah dianjurkan oleh STUFF IIUM bertarikh 27 dan 28 April dan bertempat di SMK Sungai Kertas.

Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dengan pelbagai teknik belajar dan juga melatih daya kreativiti mereka. Program ini menekankan pelbagai variasi modul yang telah diubah-suai mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar. 

Seperti yang dapat dilihat melalui program ini, target pelajar yang menyertai bengkel ini merupakan pelajar tingkatan empat dan lima yang merupakan calon untuk menduduki peperiksaan SPM.

Modul-modul yang dijalankan bersama pelajar juga telah di'improvise' agar bersesuaian dengan konsep suasana pembelajaran yang santai. Pelajar tidak terikat dengan suasana pembelajaran dalam kelas yang memerlukan seratus-peratus tumpuan dan sepenuh perhatian.

Sebaliknya, para fasilitator cuba untuk mewujudkan modul-modul yang dapat membantu sedikit-sebanyak dalam persediaan mereka untuk menghadapai peperiksaan.

Antara modul yang dilakukan melibatkan latihan subjek Bahasa Melayu iaitu modul yang melibatkan akronim. Selain itu, ingatan dan memori para pelajar turut diuji melalui modul yang dinamakan 'Memory Lane'. Antara kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh pelajar yang mengambil peperiksaan di tahap sekolah menengah adalah ingatan yang kuat di samping kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif.

Cabaran yang perlu diterokai serta dihadapi oleh setiap generasi adalah berbeza. Dan seiring dengan perkembangan pesat dunia zaman kini, pelajar-pelajar sekarang perlu lebih berfikiran kritis supaya tidak akan tenggelam dalam arus kemodenan dunia hari ini.











Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak sekolah SMK Sungai Kertas yang sudi menerima kehadiran kami, para pelajar yang terlibat dengan Bengkel Teknik Belajar SMK Sungai Kertas serta tidak lupa semua fasilitator yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.

Moga setiap ilmu yang dikongsikan itu dapat diambil iktibar serta pengajaran dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang berilmu, dan mengajarkan ilmu itu kepada orang lain. Semoga adik-adik yang bakal menduduki SPM 2017 akan beroleh kejayaan yang cemerlang!





-ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TIDAK BERBUAH-




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA