Booth Stuff Sem 1, 2017/2018
Assalamualaikum semua! Alhamdulillah, program pembuka tirai pada semester ini yakni pendaftaran ahli baru (baca booth registration & recruitment) telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program ini telah diadakan pada tarikh 26-27 September yang lalu, bertempat di bahagian kaki lima Information and Technology Division (ITD) IIUM.
Booth yang dibuka selama dua hari ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dengan jumlah ahli baru yang mendaftar seramai 200 orang! tepuk tangan. Sedikit makluman, seramai 32 orang brothers dari pelbagai kuliyyah telah menyertai kelab kita manakala berbaki 168 orang adalah sisters. tangan dibahu mata ke atas. Kemanakah perginya brothers di dalam uiam ini? allahu.
Selesai sahaja program ini, kesemua ahli baru ini telah dipecahkan masuk ke dalam biro masing-masing mengikut pilihan mereka di atas kertas borang keahlian. Dari sini sehinggalah kepada penyeimbangan bilangan ahli setiap biro dikendalikan sepenuhnya oleh mainboard STUFF IIUM. Konsepnya begini, setiap Head dan Assistant Head akan bertanya kepada semua ahli lama untuk memperbaharui keahlian mereka. Ini adalah kerana kelab STUFF IIUM menggunakan konsep pembaharuan keahlian mengikut semester. Setiap semester kesemua ahli termasuklah barisan mainboard dikehendaki membayar yuran keahlian sekadar RM 5 sahaja. Ini bagi memastikan mereka kekal aktif dan layak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab, dan juga menikmati kelebihan menjadi ahli rasmi. Duit yuran ini jugalah yang digunakan untuk menampung kos pembelian refreshment ketika training mingguan, dan juga untuk program-program yang akan dijalankan. Ini adalah kerana dana yang diperuntukkan oleh STUDENT AFFAIRS AND DEVELOPMENT DIVISION( STADD) hanya cukup-cukup sahaja setelah dipecahkan mengikut program bagi anjuran tempoh masa setahun.
Alhamdulillah, setelah selesai proses penyeimbangan dan pengiraan semula semua ahli, jumlah terkini ahli kelab STUFF IIUM adalah seramai 450 orang. Tepukan gemuruh!. Manakala secara puratanya setiap biro terdiri daripada 75 orang ahli, dikawal selia dua orang wakil mainboard yang mesra dengan panggilan Head dan Assistant Head biro masing-masing.
Semoga dengan pertambahan ahli-ahli baru ini akan memeriahkan lagi suasana keluarge besar STUFF IIUM kita, dan mengekalkan lagi objektif utama kelab kita. Pembangunan karakter diri dan berbakti kepada masyarakat Malaysia. Selamat datang semua! senyum lebar

committees registration and recruitment booth |
our vice president 1 and financial controller 1 |
Ulasan
Catat Ulasan