Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

CANVATRIX: An Online Canva Workshop

Imej
  (Poster CANVATRIX)   Alhamdulillah, syukur kerana program CANVATRIX: An Online Canva Workshop telah selesai dijalankan dengan jayanya. Ini merupakan bengkel pertama yang STUFF adakan secara online, dengan topik yang baru namun dekat di hati para pelajar. Tidak dinafikan skill editing dan membuat poster sangat penting untuk mahasiswa terutamanya sedang kita berada dalam era permodenan. Segala ilmu berkaitan komputer dan pereka grafik memainkan peranan yang besar untuk bakal kerjaya kelak.   Menyedari isu ini, STUFF telah mengorak langkah untuk melaksanakan program CANVATRIX: An Online Canva Workshop pada tarikh 7 November 2021. Nama yang dipilih adalah unik kerana disebalik perkataan yang lain daripada lain ( rare) , ianya membawa maksud “Canva Tricks”, iaitu Muslihat atau Rahsia Canva. Dengan kerjasama Kelab Anak-Anak Berakhlak Islam (AKHI) dan rakan media Quranic Youth Club (QYC), program ini menjemput speaker yang sangat berpengalaman, Br Adham Rafiq, pengasas Dlance Digita

STUFF TALKATHON 2.0

Imej
    STUFF TALKATHON 2.0 3 DISEMBER 2021   بسم الله الرحمن الرحيم   Pada tanggal 3 Disember 2021, kelab Student Facilitating Front (STUFF)   telah mengadakan sebuah program bual bicara bersama-sama ahli panel daripada alumni dan penceramah jemputan yang pakar dalam profesion mereka. Program ini telah diberi nama STUFF TALKATHON 2.0. Untuk pengetahuan semua, STUFF   TALKATHON 2.0 ini merupakan forum dalam talian selepas kejayaan   STUFF TALKATHON yang pertama yang telah dijalankan pada Ogos 2021. Kali ini, topik yang dibincangkan ialah “How Important Is LinkedIn To Students?”. Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran pada para pelajar tentang keperluan memiliki akaun LinkedIn untuk masa hadapan mereka sendiri. Disebabkan oleh pandemik COVID-19, program ini telah diadakan sepenuhnya dalam talian di platform YouTube STUFF IIUM.   Selain itu, program ini telah melibatkan seramai 15 orang komiti. Kami juga telah menjemput tiga orang ahli panel. Ahli panel yang p

PROGRAM SEKOLAH: ENGLISH LAB SK SRI KIAMBANG

Imej
 PROGRAM SEKOLAH: ENGLISH LAB SK SRI KIAMBANG  -13 November 2021   Pada tanggal 13 November 2021,   STUFF IIUM telah mengadakan sebuah program sekolah secara virtual yang diberi nama English Lab bersama SK Sri Kiambang. Untuk makluman, ini merupakan program sekolah virtual yang pertama diadakan sepanjang penubuhan kelab ini. Hal ini demikian kerana, gejala COVID-19 yang telah melanda negara kita menjadi kekangan pihak penganjur untuk mengadakan program sekolah seperti biasa iaitu dengan berkunjung ke sekolah dan membuat aktiviti secara bersemuka. Oleh yang demikian, program ini telah dianjurkan dengan menggunakan aplikasi Google Meet serta memanfaatkan segala teknologi yang ada bagi memastikan semua objektif program ini tercapai. Program ini telah melibatkan seramai 20 orang komiti yang terdiri daripada barisan jawatan tertinggi STUFF IIUM 2021. Selain itu, sebanyak 70 orang murid darjah 4, 5 & 6 dari SK Seri Kiambang telah terlibat untuk menyertai program ini. Konsep modul u

MERDEKA GAMESHOW

Imej
Hai dan assalamualaikum semua! Alhamdulillah, kita telah berjaya melaksanakan program Merdeka Gameshow buat julung kalinya, bukan setakat untuk kelab STUFF IIUM namun rasanya kelab lain juga belum pernah buat program seperti ini. Lainnya Merdeka Gameshow ini daripada program-program yang lain adalah kerana pertandingan kuiz ini dijalankan secara ‘live’, dimana para peserta perlu bersaing antara satu sama lain dalam beberapa pusingan untuk merangkul gelaran juara bagi Merdeka Gameshow.   Sedikit pengenalan, Merdeka Gameshow diadakan pada tarikh 30 Ogos 2021, waktu simbolik untuk meraikan ambang merdeka bersama-sama. Bermula pada jam 8.30 malam, semua peserta dan komiti telah berada di dalam platform Google Meet, dan sesi tersebut disiarkan di platform Youtube Live untuk tontonan umum. Wah rasa macam tengah tengok TV show pulak! Objektif bagi program ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang negara Malaysia yang merangkumi sejarah, budaya, lagu dan sebagainya. Selain itu, p

STUFF MOVIE SCREENING

Imej
STUFF MOVIE SCREENING       Bismillahirrahmanirrahim. Haiii Assalamualaikum semuaa. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menziarahi blog kelab stuff ini hehe, jadi untuk posting yang berjudul Stuff Movie Screening kali ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang program ini. Pada tanggal 28 Ogos 2021, Kelab Student Facilitating Front (STUFF), IIUM telah menganjurkan sebuah program iaitu STUFF Movie Screening (SMS) buat pertama kali. Tujuan utama program ini diadakan ini adalah untuk memperkukuhkan 'ukhwah' atau ikatan di antara ahli kelab walaupun semasa pandemik COVID-19. Tambahan pula, pada masa yang mencabar ini kami percaya pelajar atau lebih spesifiknya ahli kelab mungkin mengalami tekanan, kegelisahan, ketakutan, kesedihan, dan kesunyian. Oleh itu, program ini adalah tunjang untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik dengan membina hubungan yang erat antara semua ahli STUFF secara maya. Seperti umum mengetahui, aktiviti berkumpul beramai ramai tidak d

STUFF TALKATHON: “HOW DO CLUBS IN UNIVERSITY HELP YOUR FUTURE CAREER?”

Imej
  STUFF TALKATHON Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, Pada tanggal 25 Ogos 2021 yang lalu, kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan satu program bual bicara bersama Alumni STUFF buat julung kalinya yang diberi nama STUFF Talkathon. Program ini adalah antara salah satu program yang telah dijalankan semasa shortsem sempena menyambut ulang tahun STUFF yang ke-20 tahun. Bagi program Talkathon kali ini kami telah membincangkan soalan hangat dalam kalangan pelajar sendiri sebagai topik utama iaitu macam mana penglibatan kelab-kelab di universiti ini dapat membantu kerjaya masa akan datang?  Selain itu, tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan dan kebaikan penglibatan kelab untuk kerjaya masa depan mereka. Oleh kerana kita masih di fasa pandemik Covid-19, STUFF Talkathon ini telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform YouTube STUFF IIUM. Walaupun diadakan secara maya, program in

STUFF GRAND RAYA (VIRTUAL)

Imej
 STUFF GRAND RAYA       Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, pada tarikh 29 Mei 2021 telah berlangsungnya sebuah program iaitu STUFF Grand Raya (SGR)  yang dianjurkan oleh Kelab Student Facilitating Front (STUFF), IIUM. Tujuan utama program ini adalah untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersama semua ahli kelab walaupun semasa pandemik COVID-19.  Seperti umum mengetahui, aktiviti berkumpul beramai ramai tidak dibenarkan pada waktu pandemik ini bagi membantu untuk memutuskan rantaian virus COVID-19. Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa tertinggi STUFF merancang program ini sebagai satu inisiatif untuk tetap meraikan hari raya Aidilfitri melalui aplikasi Zoom. Sambutan hari raya atas talian yang telah disertai oleh ahli kelab STUFF samada yang baru mahupun lama, telah berlangsung dengan jayanya.Tema untuk program kali ini ialah Nostalgia Aidilfitri. Setiap peserta dikehendaki untuk memakai baju raya masing masing beserta virtual background yang telah disediakan oleh

STUFF RAYA CONTEST

Imej
 STUFF RAYA CONTEST      Buat pertama-tama kalinya di dalam sejarah, Student Facilitating Front telah menganjurkan STUFF Raya Contest (SRC) yang telah diadakan mulai 24-29 Mei 2021. Pertandingan yang berlangsung selama 5 hari itu telah menarik minat 28 ahli termasuk ahli jawatankuasa tertinggi STUFF telah menyertai pertandingan ini. Antara syarat yang digariskan oleh pihak komiti SRC termasuklah para peserta harus memuat naik gambar raya mereka di laman Instagram masing masing beserta penulisan ‘caption’ yang bersesuaian dengan tema hari raya. Para pemenang telah diumumkan di STUFF Raya Gathering melalui medium zoom.       Selari dengan arus pemodenan dimana outfit of the day (ootd) konsep menjadi trend dikalangan generasi millenial, pertandingan ini merupakan inisiatif STUFF untuk mencungkil bakat ‘photography skills’ di kalangan ahli-ahli STUFF. Tambahan pula, para pemenang akan dihadiahkan dengan wang ringgit yang lumayan, secara tidak langsung dapat menjadi wang sampingan kerana se