STUFF GRAND RAYA (VIRTUAL)

 STUFF GRAND RAYA 

    Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, pada tarikh 29 Mei 2021 telah berlangsungnya sebuah program iaitu STUFF Grand Raya (SGR)  yang dianjurkan oleh Kelab Student Facilitating Front (STUFF), IIUM. Tujuan utama program ini adalah untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersama semua ahli kelab walaupun semasa pandemik COVID-19.  Seperti umum mengetahui, aktiviti berkumpul beramai ramai tidak dibenarkan pada waktu pandemik ini bagi membantu untuk memutuskan rantaian virus COVID-19. Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa tertinggi STUFF merancang program ini sebagai satu inisiatif untuk tetap meraikan hari raya Aidilfitri melalui aplikasi Zoom. Sambutan hari raya atas talian yang telah disertai oleh ahli kelab STUFF samada yang baru mahupun lama, telah berlangsung dengan jayanya.Tema untuk program kali ini ialah Nostalgia Aidilfitri. Setiap peserta dikehendaki untuk memakai baju raya masing masing beserta virtual background yang telah disediakan oleh barisan komiti program. Program ini terlebih dahulu telah dimulakan dengan ucapan daripada Presiden kelab STUFF iaitu, Wan Zaim Zharfan bin Wan Ibrahim.

  


                            Ucapan daripada Presiden kelab

    Tidak lengkaplah sambutan hari raya STUFF tanpa diiringi dengan permainan yang boleh menggamit memori ahli STUFF tentang perayaan Aidilfitri. Oleh itu, pihak komiti telah menyediakan beberapa jenis permainan yang dinamakan Jangan Lupa Lirik Raya dan Eh, Juadah Apa Tu?. Setiap peserta telah dibahagikan mengikut biro masing - masing menggunakan breakout rooms bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di dalam biro tersebut. Sesi permainan dimulakan dengan permainan yang pertama iaitu Jangan Lupa Lirik Raya, dimana para peserta perlu menyambung lirik untuk setiap lagu raya yang dimainkan oleh komiti. Program ini diteruskan lagi dengan diikuti oleh permainan kedua iaitu Eh, Juadah Apa Tu?. Para peserta dikehendaki untuk meneka juadah raya yang terdiri daripada kuih muih dan lauk pauk berdasarkan gambar yang ditayangkan. Kemudian, para peserta perlu memuat naik gambar mereka bersama juadah yang diteka dalam aplikasi pautan padlet yang disediakan.

Permainan pertama: Jangan Lupa Lirik Raya


Permainan kedua: Eh, Juadah Apa Tu?


    Sambutan raya diteruskan lagi dengan pengumuman pemenang untuk STUFF Raya Contest (SRC) yang telah dianjurkan pada 24-29 Mei 2021. Pemenang ditentukan melalui beberapa syarat pertandingan dan caption gambar yang telah dimuat naik di laman Instagram.

Kemudian, agenda terakhir untuk program ini adalah bermain cabutan bertuah menggunakan roda impian secara atas talian.


Antara pemenang bagi STUFF Raya Contest (SRC)


Salah satu peserta yang memenangi cabutan bertuah

      Alhamdulillah, walaupun program sebegini merupakan kali pertama yang dianjurkan oleh kelab STUFF tetapi semuanya berjalan dengan sangat lancar. Di samping itu, antara objektif program ini untuk mengeratkan silaturahim juga dapat dicapai. Kami dari pihak komiti amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang membantu untuk memeriahkan lagi program STUFF Grand Raya kita pada tahun ini. Semoga ada sinar untuk kita semua berjumpa lagi pada masa yang akan datang. Amin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA