STUFF UKHUWAH AND INDUCTION TRAINING (SUIT) SEM 2, 19/20


Assalamualaikum wbt. Pada tarikh 29 Februari 2020 yang lepas, kelab STUFF IIUM telah menganjurkan sebuah program wajib bagi setiap semester iaitu STUFF Ukhuwah and Induction Training atau juga dikenali sebagai STUFF SUIT. Program ini telah berlangsung selama 4 jam bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari di kawasan Kulliyah of Engineering dan sekitarnya. Program ini telah dikendalikan oleh 25 orang komiti dan juga pihak atasan kelab itu sendiri.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan latar belakang serta informasi kelab STUFF kepada pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri ke dalam kelab itu pada awal semester ini. Selain itu, program ini juga diadakan bertujuan untuk membina ikatan antara ahli yang baru menyertai kelab itu dengan ahli yang sedia ada. Program ini telah berjaya mendapat sambutan daripada ahli baru dan dapat menarik minat mereka untuk bergiat lebih aktif di dalam kelab STUFF.

Tema bagi STUFF SUIT pada kali ini ialah Avengers di mana setiap kumpulan dibahagikan mengikut nama bagi watak-watak dalam filem aksi  Avengers. Antaranya ialah Ironman, Captain America, Hulk, Ant-Man dan selebihnya. Program dimulakan apabila peserta tiba ke Engine Colosseum dan selesaikan mendaftarkan diri kira-kira pukul 8.30 pagi. Semua peserta diminta berkumpul di kawasan Engine Colosseum dan memulakan program dengan Energizer bersama lagu Zigidi Gidum dan tarian ringkas sebagai warm-up kepada peserta pada pagi itu. Setelah selesai, semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut nama watak-watak seperti yang telah disebut. Sebelum ke perkara yang seterusnya, setiap peserta diberikan sarapan ringkas iaitu sepotong kek pisang bersama teh panas.

          Pada jam 9 pagi, aktiviti utama program ini iaitu Explorace dimulakan. Aktiviti ini melibatkan 8 checkpoint dengan permainan yang berbeza di lokasi berbeza. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan kesemua permainan bagi membolehkan mereka mengumpul cebisan logo STUUF IIUM yang terdapat pada setiap checkpoint. Setiap checkpoint ini dikendalikan oleh 1 atau 2 orang ahli kelab STUFF. Antara permainan yang dilaksanakan ialah 'Belon Cawan' di mana peserta perlu menggunakan teknik terbaik untuk menggerakkan cawan kertas dengan menggunakan angin yang yang ditiup ke dalam belon. Selain itu, terdapat juga permainan yang merangsang pemikiran peserta untuk berfikir secara kritikal iaitu 'Protect the Egg' dimana peserta perlu memikirkan cara terbaik untuk membungkus telur mentah dengan menggunakan surat khabar, belon, tisu dan juga pita pelekat untuk memberikan sokongan luaran apabila telur itu dilontarkan ke atas. Setelah peserta menyelesaikan permainan di setiap checkpoint, mereka akan dikongsikan dengan ibrah yang terdapat pada setiap permainan. Semua peserta diminta berkumpul semula di Engine Colosseum setelah kesemua kumpulan telah berjaya melengkapkan cebisan logo STUFF IIUM pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

          Pada kira-kira jam 11.45, program STUFF SUIT pun berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik. Sebelum bersurai, setiap peserta mendapat makanan tengah hari iaitu nasi goreng dan juga air sirap ais. Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan dilihatkan sebagai sebuah titik permulaan yang berjaya untuk memupuk ikatan silaturrahim antara semua ahli STUFF IIUM. Diharapkan semoga ikatan ini kekal hingga ke alam luar universiti tidak kira di mana jua kita berada.


Para peserta sedang menikmati sarapan pagi

Sorakkan daripada kumpulan Wakanda

Barisan peserta dan komiti SUIT

Aktiviti di salah satu checkpoint

Barisan komiti SUIT









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA