STUFF MASS GATHERING SEMESTER 2, 2019/2020


Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum w.b.t.



Emcees Massgath 

Expecto Patronum!!!
Obliviate!!!
Avada Kedavra!!!
Posting kalini akan menceritakan tentang STUFF Mass Gathering (wahh apetu??!!!). Mass Gathering merupakan program wajib kelab ini bagi setiap semester, yang biasanya dijalankan selepas sesi merekrut ahli baru. Haa untuk Semester 2 2019/2020 ni, Mass Gathering telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Februari 2020, bertemakan siri ahli sihir popular, Harry Potter. Bertempat di Hogwarts (Engine Colosseum sebenarnya), perhimpunan besar-besaran ini dihadiri oleh ramai ahli STUFF yang kesemuanya terdiri daripada ahli baru, ahli lama, barisan jawatankuasa STUFF dan tidak ketinggalan kakak-kakak dan abang-abang alumni yang terchenta. Untuk menepati tema gitteww maka keenam-enam biro dalam STUFF telah diberi watak dan warna tersendiri untuk menyerikan lagi perhimpunan ahli sihir ini. Contohnya, ahli biro DnW (Development and Welfare tau bukannya dakwah) kena pakai warna biru bagi memenuhi kriteria watak yang diberikan, iaitu Ravenclaw, salah satu rumah di dalam siri Harry Potter yang diketuai oleh Filius Flitwick.

"Or yet in wise old Ravenclaw,
If you've a ready mind,
Where those of wit and learning,
Will always find their kind."

Mass Gathering telah diadakan berasaskan beberapa objektif utama, iaitu untuk memberi pengenalan tentang kelab STUFF IIUM kepada ahli baru selain untuk membina dan mengeratkan hubungan antara ahli baru dengan ahli lama. Secara tidak langsung, program ini dapat mengasah bakat fasilitasi (betul ke perkataan ni haha) dalam kalangan ahli kelab. Tambahan pula, program ini dapat memantapkan lagi semangat kekitaan dan kekeluargaan dalam STUFF Big Family dengan adanya energizer dan permainan module yang disediakan (Sounds interesting right? Memang best pun! Kosabajap belum habis cerita ni).

            Untuk sesi ice-breaking, emcee kita iaitu Shareed dan Syierah (wah macam sweet je #ShaSyie), memperkenalkan permainan Beruang-Pemburu-Wanita. Semasa permainan ini, semua peserta boleh bertanding ‘osom’ mengikut gaya yang ditetapkan secara random antara satu sama lain, di mana setiap pemain yang kalah mestilah beratur di belakang si pemenang (macam keretapi lah gitteww). Masa sesi ini semua peserta dapat berseronok sambil mengenali satu sama lain, yelah kot-kot boleh terjumpa jodoh ke. EH? #STUFFWedding


            Then, game seterusnya, Pizza Puzzle, dipermainkan mengikut biro masing-masing. Dalam modul ni, setiap kumpulan mestilah melantik seorang ‘posmen’, dan ahli kumpulan akan diberikan surat khabar untuk dikoyakkan kepada 6 keratan, seterusnya diagihkan kepada kumpulan lain. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan puzzle tersebut akan menang! Sambil berusaha untuk menang, peserta telah belajar satu ilmu penting dalam kehidupan, iaitu persefahaman antara ahli kumpulan adalah sangat penting. Macam orang kampung selalu cakap, Communication is the key!


Para peserta sedang berusaha meyelesaikan puzzle 

Haa game yang last ni lah yang paling best! Game tradisi MassGath STUFF, dan semestinya dengan elemen istimewa,*drumroll* .... TEPUNG!!! Dalam 5 barisan, pemain dari barisan pertama perlu menyebut Pang!, Ping!, Pong!, Piang!, diikuti oleh pemain dari barisan kelima yang kena sebut nama pasukan lawan. Pasukan yang gagal menyebut dengan betul dan cepat akan didenda, haa apa lagi mandi tepung lah! Ibrah yang diperoleh ialah pemain yang kalah dapat jimat duit, tak payah beli bedak HAHA #abangguraujer. Ibrahnya ialah semua pemain perlulah fokus dan peka terhadap satu sama lain.

Ketua dan penolong biro sedang memberi arahan kepada ahli biro

Biro yang kalah didenda dengan tepung

Selesainya game keramat ini, maka diteruskan pula dengan penyampaian hadiah mengikut biro, dan tak lupa juga untuk peserta terbaik bagi lelaki dan perempuan. Tahniah kepada Bro Bob dari #TeamSlytherin (MM), dan Sis Beah dari #TeamDumbledore (RNR). Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan juadah ringan, tepat pada jam 11 malam.


Barisan peserta dan komiti Massgath

Saya Aminoul Razeen (saje nak mention nama) sebagai Pengarah Program sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya para komiti yang sangat komited, barisan pengurusan Kelab STUFF, dan tak lupa juga semua yang datang. Semuanya berjalan lancar dan Alhamdulillah kita berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. We did great, and we enjoyed ourselves. Semoga usaha untuk merapatkan ukhwah STUFF Big Family ini akan diteruskan pada masa akan datang, selari dengan hadis Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang ingin dimudahkan rezekinya atau dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)." (Riwayat Bukhari)
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA