BOOTH STUFF SEM 2 19/20


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamu’alaikum wbt.

         STUFF merupakan sebuah kelab yang amat menitikberatkan tentang pembangunan jati diri anak-anak muda dari segi akademik mahupun sahsiah. Pada setiap semester, STUFF akan mengadakan satu program tahunan iaitu pembukaan booth STUFF bagi memperkenalkan kepada pelajar-pelajar UIAM tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester. Objektif pembukaan booth STUFF adalah untuk menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai kelab STUFF dan juga memudahkan pendaftaran semula ahli-ahli STUFF yang lain. Program ini juga berlangusng selama 3 hari bermula pada 25 hingga 27 Februari 2020. Booth ini ditempatkan di ITD Foyer berdekatan masjid. Tema yang telah dipilih pada kali ini adalah ‘One Piece’.

Booth STUFF

          Sepanjang program ini berlangsung, para komiti telah menajalankan tugas dengan baik dan penuh amanah. Hubungan sesama mereka juga sangat akrab kerana mereka telah mengenali antara satu sama lain. Saya berpendapat bahawa STUFF telah berjaya menguatkan lagi ukhuwah antara ahli melalui program ini kerana booth ini adalah kerjasama antara biro ‘Energizer Module’ dan ‘Registration and Recruitment’. Para komiti juga mempunyai hubungan yang erat dengan barisan pihak pengurusan STUFF.



Komiti bersama pihak pengurusan STUFF

Sepanjang program berlangsung

Mengisi borang keahlian
          Akhir kata, saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua komiti yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Tanpa kalian, tidak terlaksanalah program ini. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan STUFF yang telah memberi ruang, peluang dan kepercayaan kepada pihak kami untuk menjalankan program booth ini. Harapan saya, semoga STUFF terus maju jaya, dan mampu untuk meneruskan program-program yang sedia ada serta membuat penambahbaikan untuk program-program yang akan datang. Semoga perjuangan STUFF untuk menerapkan pembangunan diri dalam kalangan ahli dari setiap sudut terutamanya kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.

Komiti STUFF Recruitment









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA