PROGRAM TAUTAN KASIH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum w.t.b...

Sekarang dah masuk Ramadhan, macam mana puasa? Moga segala ibadah (puasa, terawih, qiam, bacaan Quran dan sebagainya) diterima...amiin...

Alhamdulillah, sebelum kita bertemu dengan Ramadhan, STUFF diberi peluang untuk berkunjung ke Melaka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Pada 6 hingga 8 Ogos 2010 program ini berlangsung. Tepat jam 9 malam, seramai 38 ahli STUFF bertolak daripada (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) UIAM ke Melaka dan tiba disana sekitar pukul 1 pagi. Peserta yang terlibat seramai 80 orang daripada Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Untuk makluman, sekolah ini telahpun datang berkampung di UIAM, dan kini kami pula ke sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan cukup menarik, antaranya trip ke Kampung Panchor. Disitu, stuffians diberi kesempatan untuk merasa kuih raya, bahulu panas dan mee Jawa. Kemudian, jalan lagi ke Kolam Ikan Keli dan Ikan Talapia. Tak cukup dengan itu, kami diberi kesematan untuk menikmati tebu di Ladang Tebu bersebelahan dengan kolam ikan tadi dan cara menanam pokok getah. Apapun, terlalu banyak yang berlaku disana, dan segalanya best. Tengok gambar ye, macam-macam ada.




















Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada committee atau pun fasilitator. Setiap daripada anda, adalah harta STUFF yang paling berharga, tahniah kepada semua! Tak lupa juga kepada pihak sekolah dengan layanan yang istimewa. Kenangan itu kekal dihati kami. InsyAllah, jika diizinkan lagi, kita bakal bekerjasama lagi.
ALLAHu'alam, wassalam...

p/s: mohon maaf atas kelewatan update, hehe...

~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA