Marhaban Ya Ramadhan STUFFIANS


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...

Salam kepada semua STUFFIANS seperti yang kita tau esok kita akan menjalani ibadah Puasa selama sebulan. sudahkan anda semua bersedia untuk mengahadapi bulan yang penuh berkat ini..saya pasti anda semua tidak sabar untuk beraya eh nak berpuasa...seperti yang kita tau puasa ini adalah medan latihan untuk kita melatih jiwa rohani, soul dan iman kita. berpuasa bukan setakat berpuasa dengan tidak makan dan minum pada waktu siang tetapi berpuasa mata, mulut dan semua perbuatan yang boleh membatalkan puasa.

Selain itu dengan berpuasa kita boleh merasai apa yang orang yang tidak dapat makanan secukupnya misalnya orang miskin atau mangsa-mangsa perang yang mungkin ada yang mati kelaparan disebabkan tidak dapat makan. jadi kita patut bersyukur kepada-NYA kerana still memberi kita nikmat untuk makan. jadi dalam masa sebulan nie cubalah untuk korang berubah atau menjadi yang lebih baik dari sebelum ini..
alamak panjang plak aku meleter..hehehe...meh sini aku nak ajar korang semua niat puasa nie...
Niat Puasa Ramadhan

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa
LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala
DOA BERBUKA PUASA
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin
so korang dah leh start berniat puasa nie sebelum korang tido..hehehe...so tu je dari meja stuffian...semoga berjumpa lagi...
Selamat Berpuasa dan Bersahur 
~Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Tidak Berbuah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEM JATI DIRI: MEMBENTUK SAHSIAH DAN MINDA POSITIF SK SERI MACHAP

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

PROGRAM TUNAS PEMIMPIN: KEM KEPIMPINAN UNTUK PELAJAR SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA