Catatan

KEM KEPIMPINAN & MOTIVASI KECEMERLANGAN ‘BRILLIANT KHALIFAH’ SK PARIT MELANA 2020

Imej
Objektif : Memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa pentingnya memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin sekolah. Memupuk rasa percaya pada diri sendiri, kebolehan dan keistimewaan diri dalam menempuh cabaran sebagai pengawas dan pemimpin di sekolah. Memupuk sifat kepimpinan yang terdapat di dalam Sirah Nabawiyah ke dalam hati murid-murid. Membentuk semangat, motivasi dan keazaman murid Tahun 6 bagi menghadapi UPSR.     Pada tarikh 14 Februari 2020 hingga 16 Februari 2020   , telah berlangsung program sekolah selama 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Program ini melibatkan seramai 22 orang mahasiswa UIAM yang juga merupakan ahli jawatankuasa tertinggi STUFF sebagai fasilitator kepada 181 orang pelajar.    Modul pertama yang   ialah ‘TANGKAP JANGAN TAK TANGKAP’ dan modul ini berjalan dalam anggaran masa selama 40 minit dan setiap kumpulan diberikan kertas dan pen untuk setiap peserta dan juga sebij...

ANNUAL GENERAL MEETING (AGM 2019)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,              Pada tanggal 28 November 2019 (Khamis) , kelab Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2019 yang bertempat di Lecture Theatre 2, KENMS. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir semua ahli, alumni dan penasihat STUFF. Objektif utama adalah pembubaran ahli jawatan kuasa tinggi dan pengurusan STUFF 2018/2019, di samping pelantikan barisan kepimpinan yang baharu. PENGHARGAAN KEPADA BARISAN KEPIMPINAN STUFF 2018/2019 Majlis ini telah dijalankan seawal jam 8.00 malam yang di mulai dengan bacaan doa, ucapan penasihat dan pengerusi STUFF. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti dan program yang di laksanakan sepanjang tahun 2018/2019 oleh setiausaha STUFF serta pembentangan daripada bendahari mengenai bajet dan pengurusannya. Selain dari objektif utama yang...

PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH & JATI DIRI MURID (SMKA Kuala Selangor)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Objektif program: 1)     Mencungkil bakat dan potensi dalam diri setiap pelajar. 2)     Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah. 3)     Meningkatkan disiplin dan jati diri dalam diri murid itu sendiri. 4)     Menghidupkan ukhuwah dan hubungan yang baik sesama pelajar.             Pada tanggal 17 November 2019, seramai 23 orang mahasiswa dari UIAM telah berangkat dari UIAM ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor sebagai fasilitator kepada 100 orang pelajar Tingkatan 2. Sebanyak 4 buah modul telah   disediakan sebagai aktiviti kepada pelajar iaitu “Lukisan Kita”, “Guidance”, “Ikut Sesuka Hati”, dan “Heart to Heart Session” atau lebih dikenali sebagai Refleksi Diri bersama sama dengan fasilitator yang diletakkan dalam kumpulan. Sesi Taklimat       ...

STUFF SPORTS DAY 2019

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, STUFF Sports Day 2019 atau lebih dikenali dengan nama ‘SSD 2019’ telah berlangsung pada 16 November 2019 dan bertempat di Padang Mahallah Ali, IIUM.   Program ini bertujuan untuk mengukuhkan ukhwah ahli STUFF daripada setiap biro secara holistik selain membantu semua mereka untuk lebih mengenali ahli STUFF daripada biro-biro yang berlainan. Acara SSD pada tahun 2019 ini telah menggunakan tema Panglima. Kesemua peserta telah dibahagikan mengikut empat rumah sukan secara rawak iaitu Tuah, Jebat, Kasturi dan Lekir. Terdapat pelbagai permainan menarik yang disediakan pada acara SSD tahun ini seperti Permaisuri Dodgeball, Blind Zombie, Winter Sonata. Tidak lupa juga kepada dua acara tahunan yang wajib diadakan setiap kali berlangsungnya Stuff Sports Day ini iaitu Tarik Tali dan Pening Lalat. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ketibaan ahli-ahli STUFF yang berpakaian mengikut warna tema rumah sukan mereka .Peserta turut d...

STUFF UKHUWAH AND INDUCTION TRAINING (SUIT) SEM 1 19/20

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,       Pada 18 Oktober 2019 yang lalu, Student Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan satu program yang diberi nama sebagai STUFF Ukhuwah and Induction Training (SUIT) . SUIT merupakan program pertama yang akan diadakan pada setiap semester untuk memberikan pendedahan awal mengenai kelab ini. SUIT juga bertujuan untuk memberikan latihan pertama kepada ahli-ahli baharu bagi mengasah kemahiran memimpin dan juga kemahiran mereka sebagai fasilitator. Objektif utama program SUIT ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kelab ini kepada ahli-ahli baharu. Bukan itu sahaja, program ini juga merupakan tradisi kelab kami sejak turun temurun bagi mempertajam kemahairan-kemahiran kepemimpinan yang sedia ada dalam diri setiap manusia. Selain itu, STUFF melalui program SUIT dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berani untuk ke hadapan di samping merialisasikan misi UIAM, iaitu mempromosikan integrasi pengetahuan...

BOOTH STUFF SEM 1 19/20

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,         Booth STUFF merupakan program yang dijalankan setiap sem bagi mengajak lagi ramai ahli baru untuk menyertai STUFF serta bagi ahli lama untuk memperbaharui keahlian mereka. Booth ini ditempatkan di ITD Foyer berdekatan masjid yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 15 Oktober 2019 hingga 17 Oktober 2019. Tema pada kali ini ialah Aloha, yang memaparkan ciri-ciri Hawaii.           Booth STUFF selalunya dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang sepanjang 3 hari tersebut. Booth dibuka dengan ketibaan barisan komiti Booth untuk persiapan booth. Para komiti mengambil inisiatif secara bergilir-gilir untuk hadir menjaga booth supaya tidak mengganggu waktu kelas. Ahli komiti telah menyediakan flyer bagi diedarkan kepada sesiapa sahaja yang berjalan di kawasan booth. Selain itu, para komiti sedaya upaya menarik minat pelajar lain dengan menceritakan aktiviti-aktiv...

FAMSTRAP 2019

Imej
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum, Family Day & Facilitating Skills Training Program atau lebih dikenali dengan nama FAMSTRAP telah berlangsung pada 11 Oktober hingga 13 Oktober yang lalu.  Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu facilitating kepada ahli STUFF selain untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli STUFF.  Program yang bermula pada Jumaat malam ni diadakan di Dataran HS, UIA dan kemudiannya di Kem Herba, Hulu Langat pada Sabtu pagi sehingga Ahad.  Seramai 20 orang ahli dan 18 orang mainboard STUFF telah menyertai program ini. Slot pertama pada Jumaat malam diketuai oleh Muhammad Saufi bin Sallehudin selaku Chief Facilitator FAMSTRAP.   Sesi ICE BREAKING Keesokan harinya, kami semua bertolak ke Kem Herba pada jam 8 pagi.  Aktiviti sepanjang hari Sabtu dikendalikan oleh trainer jemputan, PLF Amar Shafie.  Pelbagai ilmu berkaitan facilitating telah dikongsikan oleh beliau. Sesi b...