Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,
Pada tanggal 28 November 2019 (Khamis) , kelab Student
Facilitating Front (STUFF) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2019
yang bertempat di Lecture Theatre 2, KENMS. Majlis ini telah dihadiri oleh
hampir semua ahli, alumni dan penasihat STUFF. Objektif utama adalah pembubaran
ahli jawatan kuasa tinggi dan pengurusan STUFF 2018/2019, di samping pelantikan
barisan kepimpinan yang baharu.
|
PENGHARGAAN KEPADA BARISAN KEPIMPINAN STUFF 2018/2019 |
Majlis ini telah dijalankan seawal jam 8.00 malam yang di mulai
dengan bacaan doa, ucapan penasihat dan pengerusi STUFF. Majlis diteruskan
dengan pembentangan aktiviti dan program yang di laksanakan sepanjang tahun
2018/2019 oleh setiausaha STUFF serta pembentangan daripada bendahari mengenai
bajet dan pengurusannya. Selain dari objektif utama yang telah disebutkan, ia
juga bertujuan untuk memberi anugerah kepada ahli terbaik daripada setiap biro,
poster dan latihan mingguan terbaik. Hal ini supaya dapat mewujudkan semangat sayang
dalam diri setiap ahli untuk terus kekal dan menyokong kelab ini ke arah yang
lebih baik.
|
ANUGERAH LATIHAN MINGGUAN TERBAIK 2018/2019 |
Baiah daripada barisan kepimpinan baharu STUFF 2019/2020 telah
diketuai oleh presiden baru, Muhammad Syamil bin Arman Yatim. Melalui
pelantikan ini, diharapkan agar barisan kepimpinan baharu dapat memberi impak
yang positif dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah. Setiap
pertemuan akan ada perpisahan pada penghujungnya. Itu lah kata-kata yang dapat
diungkapkan sebelum sesi bergambar beramai-ramai sebagai satu tanda ingatan dan
kenangan yang tidak akan dilupakan.
|
SESI BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI BERSAMA PENASIHAT STUFF, MADAM ROS |
Akhir sekali, majlis jamuan diteruskan sebagai penutup Majlis
Mesyuarat Agung pada kali ini. Saya sebagai pengurus program berharap majlis
ini dapat dilaksanakan pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan antara semua ahli, di samping memberi penghargaan terakhir kepada pengurusan STUFF
2018/2019. Terima kasih semua.
|
BARISAN KOMITI ANNUAL GENERAL MEETING (AGM 2019) |
Ulasan
Catat Ulasan